Dajjal Mengaku Imam Mahdi dan Nabi Isa
Apa yang saya tuliskan mungkin sukar untuk anda percaya. Saya tahu kerana anda sudah menerima kajian-kajian di luar sana yang memang mendorong kepada pertembungan 3 watak iaitu Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa.
Watak akan bertembung dengan watak. Pemuda Bani Tamim (PBT) serah pada Imam Mahdi, Imam Mahdi berperang. Dajjal akhirnya datang dan Imam Mahdi dikalahkan. Nabi Isa turun dan bunuh Dajjal.
Itulah yang kita sedang percaya. Awak semua rasa ini drama atau movie kah? Ikut skrip lurus sungguh. Dajjal pun ikut sekali walaupun dia dah tahu. Dia serah tengkuk je untuk dibunuh Nabi Isa. Begitukah anda fikir?
Weyyy! Skrip yang kita pegang, Dajjal pun baca jugalah, bukan kita jer.
Sebab itulah kita mesti kenal musuh kita. Baru kita mahir dengan teknik, taktik dan tipu muslihat.
Pergi baca balik penulisan-penulisan saya berkenaan Dajjal sebelum ini. Semua hadis sahih saya guna tu. Belum semua saya tuliskan, tapi cukuplah untuk boleh faham.
Kita, kalau kita keliru, kita perlu kembali kepada Al-Quran. Bukan buat analisis suka-suka kita sahaja. Saya, biarpun saya tulis santai dan meminta orang tidak terima bulat-bulat, saya masih tetap ada sandaran.
Saya simpan supaya penulisan tak panjang dan boring. Tapi saya akan jawab bila ditanya.
Kalau kita kembali kepada Al-Quran, maka Al-Quran akan cakap apa?
Anda perasan tak apa yang telah saya postkan tentang ayat-ayat Al-Quran, sejarah bangsa terdahulu, Bani Israel, kitaran khalifah dan lain-lain. Semuanya untuk kita berfikir dan bawa sebagai bekal akhir zaman.
Tolong fikir dulu mengapa BAZ tak keluar? BAZ sanggup duduk belakang tabir tanpa seorang pun kenal? Pasal apa?
Banyak sebab lah. Sebab utamanya adalah kerana percaturan.
Selagi BAZ tak keluar, selagi itulah tiada siapa boleh menyamar sebagai BAZ. Kerana semua orang tahu apabila ada seseorang mengaku dia BAZ maka ia adalah palsu. BAZ akan dikenali melalui apa yang dia sampaikan, bukan siapa diri dia.
Saya belajar dari Al-Quran dan sejarah juga jikalau nak tahu pun. Itu sebab saya jadikan BAZ anonymous.
Jadi mengapa Imam Mahdi tidak keluar dan mengakui Imam Mahdi? Sama sahaja. Sesiapa yang mengakui dia Imam Mahdi secara nyata atau simpan dalam hati, palsu.
Tahu tak kenapa Allah caturkan begini?
Supaya kita boleh kenal Dajjal lah. Fitnah paling besar kepada kita nanti.
Saya telah bawa kisah kaum-kaum terdahulu dan saya bawa 6 Step Kitaran Kekhalifahan. Tak boleh fikir dengan mendalam kah?
Setiap kitaran akan ada perkara sama sahaja. Konsep triniti. Ada elemen Son of God.
Saya tak nak sebut lah agama apa nanti kena ban, semua ada konsep 3. Kitaran Kekhalifahan manusia telah membuktikan ia.
Lalu sukarkah hendak terima bahawa ia akan berlaku kepada agama Islam juga?
Nanti dalam Islam akhir zaman pun ada orang akan berkata Aku adalah Anak Allah atau dalam ayat yang lain yang menunjukkan bahawa dia adalah "kata-kata Allah" atau Hujjah Allah yang bercakap terus dengan Allah di syurga.
Anda tahu kat mana ia akan berlaku?
Ingat huraian saya kepada hadis sahih berkenaan seorang pemuda dibelah 2 badannya di pinggir Madinah?
Apa yang dia bocorkan?
Pemuda itu katakan bahawa si pembelah badan dan penghidup semula orang mati itu adalah seperti yang Nabi Muhammad katakan.
Maksudnya adalah Dajjal.
Okay, fikir balik.
Si lelaki ketua yang membelah itu akan akui tak bahawa dia Dajjal?
Tak.
Sebab apa?
Sebabnya ada watak satu lagi yang boleh menghidupkan orang mati iaitu insan yang diperkuatkan Ruhul Quddus iaitu Nabi Isa a.s. Dia mengaku sebagai orang itu lah.
Sebab itulah Dajjal itu menyamar menjadi Son of God. Son of God pun konsep yang disediakan dan diperlengkapkan lebih awal untuk peristiwa atas bukit di pinggir Madinah nanti.
Tapi Allah bagi sekali sahaja power kat Dajjal hidupkan orang, Allah tak bagi 2 kali.
Kat situ lah nak kenal Dajjal walau dia mengaku Son of God atau Nabi Isa.
Peristiwa di bumi Madinah itu akan menjadi decisive event untuk ketibaan Nabi Isa ke bumi sebagai Isa Ruhul Quddus yang sebenar, bukan Ruhul Quddus palsu.
Faham dah bagaimana umpan-umpanan dan tipu-tipu muslihat berlaku?
Dajjal tak bodoh untuk mengaku Dajjal. Dah faham dah kan. Itu adalah kesimpulan serta analisis dari pelbagai hadis-hadis sahih berserta Al-Quran.
Habis bab Dajjal mengaku Nabi Isa, saya reverse ke belakang lagi lebih awal dalam kronologi.
Saya tanya pula sekali lagi.
Bila anda rasa Dajjal mula mengaku Imam Mahdi?
Masih guna muslihat sama lah.
Orang ramai terjerat dalam fitnah besar akhir zaman. Mereka berduyun-duyun pergi ke Madinah dan Mekah kerana ikut Imam Mahdi atau Messiah.
Jika watak lain, seluruh dunia takkan bersatu. Hanya Imam Mahdi atau Messiah sahaja yang mampu.
Bila mereka pergi Mekah dan Madinah, tak boleh masuk circle Mekah dan Madinah.
Fikir balik mengapa tak boleh masuk. Mengapa malaikat jaga. Ada sebab lah yang kita kena fikirkan.
Protection dan pembatalan lah tu.
Nak tahu macamana Allah batalkan pengakuan Imam Mahdi palsu?
Apabila seorang pemuda dibai'ah di Kaabah. Hanya orang benar sahaja boleh masuk, Dajjal penyamar tak boleh masuk buat majlis bai'ah palsu. Faham tak?
Lalu esoknya 15 ribu tentera tenggelam di Al-Baida'. Itulah pembatalan Imam Mahdi. Juga sah dan confirm Imam Mahdi.
Anda dah nampak tak game nya dari cabutan saya kepada pelbagai kupasan saya sebelum ini kat sini?
Dajjal mengaku Imam Mahdi, kumpul pengikut daripada pencinta Imam Mahdi lalu hendak menegakkan Islam sebenar. Inilah As Sufyani.
Mereka akan hapus Madinah dan Mekah kerana pada mereka itu semua palsu.
Lalu misi gagal apabila Imam Mahdi sebenarnya dibai'ah.
Dajjal berundur ke Esfahan dan reorganize, mengaku Nabi Isa pula.
Imam Mahdi sampai Eropah. Dajjal yang dah mengaku Nabi Isa bawa orang ke Madinah.
Terjadilah peristiwa atas bukit tu.
Okay la tu. Yang penting tahu. Dajjal tak cukup bodoh untuk pakai watak Dajjal. Silap-silap Imam Mahdi yang dituduh Dajjal.
Sebab tu penting sangat Maqam Mahmuda. Anda akan kenal siapa musuh anda walau ia pura-pura baik je depan anda.
Ambil lah Al-Quran, ada pelbagai panduan. Saya guna pun semua dari Al-Quran untuk sampaikan ini dalam cara saya sendiri.
Nanti bacalah, "Dari Iraq sampai Baiah". Saya tulis sekali lagi bab ni nanti.
Ambil lah ia sebagai peringatan.
Balas kepada: