Melaka bukan sekadar kota sejarah. Ia tanah yang dijanjikan dalam wahyu kepada keturunan para nabi dan raja berdaulat yang pernah memerintah dunia. Di sinilah kebangkitan Islam dari Timur akan bermula, menepati janji Allah kepada Bani Israel yang kini bersemayam di bumi Melayu. Siri ini membongkar bagaimana amanah ketuhanan berpindah dari Barat ke Timur serta bagaimana bangsa wahyu akan bangkit semula untuk menegakkan kebenaran di akhir zaman.
Kisah Exodus sering dianggap berakhir di Laut Merah namun ayat pewarisan dalam al-Qur’an membuka persoalan yang jauh lebih besar. Bagaimana Bani Israel boleh mewarisi bangunan Firaun jika mereka semua telah meninggalkan Mesir. Mengapa pewarisan itu disebut bersama kawasan timur dan barat bumi. Adakah pergerakan mereka sebenarnya berlanjutan ke arah Nusantara yang pernah menjadi laluan koloni Mesir Purba. Penemuan ini mengubah cara kita melihat sejarah Musa kerana ia membuka laluan kajian baharu tentang hubungan Mesir Tanah Punt Saba dan Alam Melayu. Pembaca akan mendapati bahawa ayat al-Qur’an tidak hanya menceritakan masa lalu tetapi membongkar jaringan sejarah yang lebih luas daripada apa yang pernah kita bayangkan.
Ramai menyangka mereka sudah mengenal Allah, sudah memahami agama, sudah beriman. Namun Surah Al Kahfi 18:102 membongkar hakikat bahawa kekufuran akhir zaman tidak bermula dengan menolak agama. Ia bermula apabila manusia meletakkan sangkaan di tempat wahyu. Artikel ini mengajak kita menilai semula siapa sebenarnya yang kita ikut selama ini. Wahyu Allah atau fikiran kita sendiri. Bacaan ini memerlukan hati yang jujur dan keberanian untuk melihat apa yang selama ini kita sembunyikan daripada diri kita.
Siri ini menjejak semula langkah pertama manusia melalui dalil al-Qur’an. Adam dan Hawa tidak turun secara rawak. Mereka tidak jatuh tanpa arah. Setiap penempatan mereka berpandukan hidayah dan tanda. Apabila dalil-dalil penurunan dalam Surah Al-Baqarah, Al-A’raf dan Ta-Ha disusun tanpa riwayat luar atau mitos kemudian, satu arah muncul dengan jelas. Ia tidak menunjuk ke padang pasir atau Mesopotamia, tetapi ke Nusantara. Lebih tepat lagi ke Melaka, yang pernah menjadi pusat nadi pelayaran dunia. Siri ini bukan rekaan. Ia adalah pembacaan semula kepada apa yang Allah telah pun nyatakan. Pintu sejarah yang tertutup kini dibuka kembali.
Surah al-Kahfi ayat 101 bukan sekadar kisah umat terdahulu tetapi gambaran tepat tentang keadaan umat Islam hari ini. Mata masih melihat dan telinga masih mendengar tetapi hakikatnya hati telah hilang deria terhadap zikrullah. Inilah realiti “dah wake up tapi masih terperangkap” di mana manusia tahu tentang Dajjal dan akhir zaman namun masih hidup dalam sistem yang sama yang menutup pandangan daripada kebenaran. Siri ini menjelaskan bagaimana penyakit kebutaan dan ketulian rohani ini bermula dan bagaimana Surah al-Kahfi menjadi manual perlindungan terakhir yang diajarkan Nabi S.A.W untuk menentang sistem Dajjal.
Al-Qur’an bukan sekadar kitab bacaan, tetapi sistem wahyu yang berjejaring, hidup dan saling berpaut antara satu ayat dengan yang lain. Ayat-ayat muhkamat menjadi induk yang kukuh, sedang mutasyabihat membentuk jaringan yang melindungi dan menguatkan maknanya.
Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.