Kupasan Al Quran

AGAMA SANGKAAN : PEMBONGKARAN SURAH AL KAHFI 18:102 TERHADAP UMAT AKHIR ZAMAN

November 10, 2025 2,123 1
Ongoing
Anggaran masa membaca
1 minit 27 saat

Agama Sangkaan : Pembongkaran Surah Al Kahfi 18:102 Terhadap Umat Akhir Zaman

 

Kita selalu rasa kita sudah kenal Allah.
Kita rasa kita sudah cukup tahu agama.
Kita rasa kita sudah beriman.

Kita solat.
Kita puasa.
Kita baca al Quran bila lapang.
Kita hadir ceramah bila sempat.
Kita pun pernah menangis dalam doa.

Lalu kita fikir itu sudah memadai.

Tetapi Allah bertanya dalam Surah Al Kahfi:

“Adakah kamu menyangka wahai orang yang menutup kebenaran?”

Sangkaan itu tidak datang dari orang kafir.
Ia tidak datang dari orang yang benci agama.
Ia datang daripada kita
Orang yang rasa dirinya sedang menuju Allah.
Tetapi sebenarnya sedang berjalan dengan kepala sendiri.

Kita buat keputusan tentang apa itu kebenaran

Bukan berdasarkan wahyu
Tetapi berdasarkan apa yang kita rasa betul

Kita pilih ustaz ikut suara yang sedap didengar
Kita pilih hujah ikut apa yang menyenangkan hati
Kita pilih pendapat yang selesa dengan hidup kita
Bukan pendapat yang menggoncang kita untuk berubah

Inilah agama sangkaan
Agama yang tidak dibina atas petunjuk
Tetapi atas anggapan
Atas tafsiran diri
Atas logik rasa dan pengalaman diri

Siri ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Siri ini untuk mengajak kita memandang cermin
Dan bertanya dengan jujur:

Selama ini
Siapa yang kita ikut sebenarnya?

Wahyu Allah
Atau fikiran kita sendiri


Pra-Syarat Bacaan

Untuk memahami artikel ini dengan tepat, anda wajib terlebih dahulu membaca artikel berikut:

Fenomena Kebutaan Penglihatan dan Ketulian Pendengaran Umat Islam Akhir Zaman
https://www.beritaakhirzaman.com/ms/articles/fenomena-kebutaan-penglihatan-dan-ketulian-pendengaran-umat-islam-akhir-zaman

Artikel tersebut menerangkan asas kepada maksud “buta daripada zikir dan tuli daripada wahyu” yang menjadi latar belakang kepada Surah Al Kahfi 18:101. Tanpa memahami asas tersebut, maksud أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا dalam ayat 18:102 akan kelihatan kabur dan mudah disalah tafsir.

Sila ambil masa untuk membaca dan memahami artikel tersebut dahulu sebelum meneruskan pembacaan ini. Ia akan membantu anda melihat kaitan antara buta hati, sangkaan manusia dan kekufuran yang tidak disedari.

ISI KANDUNGAN

Bahagian 1 - Alif (أ) dan Fa (ف)

Bahagian ini membongkar maksud huruf pembukaan dalam Surah Al-Kahfi 18:102. Allah tidak bertanya untuk mengetahui keadaan kita, tetapi untuk menegur dan membongkar kesilapan dalam diri umat akhir zaman. Apabila akal mula menentukan kebenaran, dan wahyu hanya menjadi slogan, manusia mula hidup dalam agama sangkaan. Kita menyangka kita beriman, sedangkan kita telah menggantikan kebenaran dengan sangkaan. Inilah teguran halus namun tegas dari Allah yang perlu dibaca dengan hati yang takut dan jujur.

Isnin, November 10, 2025
360 0

Bahagian 2 - Hasiba (حَسِبَ)

Bahagian ini menjelaskan bagaimana perkataan حَسِبَ dalam Surah Al Kahfi 18:102 bukan sekadar bermaksud mengira tetapi ia adalah sifat manusia yang menilai kebenaran berdasarkan sangkaan diri. Kita menyangka kita memahami agama sedangkan kita hanya menafsir menggunakan fikiran sendiri. Apabila sangkaan menggantikan wahyu maka manusia mula menutup kebenaran lalu hidup dalam agama sangkaan. Inilah bahaya yang Allah sedang tegur pada umat akhir zaman. Ia bukan tentang orang yang tidak beriman tetapi tentang kita yang menyangka kita sudah cukup beriman.

Isnin, November 10, 2025
331 0

Bahagian 3 - Kafaru كَفَرُوا

Bahagian ini menjelaskan bahawa kufur bukan sekadar tidak percaya kepada Allah. Kufur bermula apabila manusia menutup kebenaran yang mereka sebenarnya tahu. Allah menggunakan perkataan كَفَرُوا dalam Surah Al Kahfi 18:102 untuk menggambarkan keadaan umat akhir zaman yang masih beragama tetapi menolak wahyu lalu menggantikannya dengan fikiran sendiri. Inilah bentuk kekufuran yang paling halus dan paling berbahaya kerana ia berlaku dalam hati orang yang menyangka dirinya beriman. Membaca bahagian ini menuntut kejujuran kerana ia mempersoalkan siapa sebenarnya yang kita jadikan Tuhan dalam diri kita.

Isnin, November 10, 2025
245 0

Bahagian 4 - Frasa a fa hasiballaziina kafaruuu  أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ

Bahagian ini menyimpulkan maksud frasa أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا dalam Surah Al Kahfi 18:102. Allah sedang menegur manusia yang menyangka akal mereka mampu menentukan kebenaran. Kekufuran di akhir zaman bukan bermula dengan penolakan Tuhan tetapi bermula apabila manusia meletakkan sangkaan sebagai sumber agama lalu menggantikan wahyu dengan fikiran sendiri. Kita mungkin beribadah kita mungkin membaca al-Quran kita mungkin menyangka kita beriman namun jika kita menilai kebenaran menggunakan akal dan bukan wahyu maka kita sedang berada dalam agama sangkaan. Bahagian ini menuntut kejujuran hati dan keberanian untuk melihat kebenaran yang selama ini kita sembunyikan.

Isnin, November 10, 2025
360 0
Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.