Agama Sangkaan : Pembongkaran Surah Al Kahfi 18:102 Terhadap Umat Akhir Zaman

BAHAGIAN 3 - KAFARU كَفَرُوا

246 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
4 minit 8 saat

Agama Sangkaan : Pembongkaran Surah Al Kahfi 18:102 Terhadap Umat Akhir Zaman

Bahagian 3 - Kafaru كَفَرُوا

 

Kata كَفَرُوا dalam ayat al-Kahfi 18:102 ini bermaksud 

“menutup sesuatu dengan sengaja supaya ia tidak lagi kelihatan.”

Sekiranya kita rajin tadabbur al Quran, kita akan menjumpai perkataan كافِر (kāfir), كُفْر (kufr) dan كَفَرُوا (kafarū).

Saya akan cuba jelaskan tiga perkataan ini iaitu كافِر (kāfir), كُفْر (kufr) dan كَفَرُوا (kafarū) supaya kita sama-sama nampak bagaimana ketiga-tiganya saling berkait tetapi tidak sama fungsinya.


Kāfir (كافِر)

Perkataan kāfir “orang yang menutup” atau “penutup kebenaran.” Ia tidaklah bermaksud seseorang itu ateis atau orang yang tidak percaya Tuhan langsung. 

Jika kita tengok makna lain bagaimana perkataan ini digunakan, kita akan temui pada Surah al-Ḥadīd 57:20. Dalam ayat ini ia bermaksud petani yang menutup benih di dalam tanah.

Dalam ayat itu Allah menyebut petani itu sebagai “kāfir” bukan kerana dia tidak beriman, tetapi kerana dia menutup sesuatu.

Apabila ia digunakan dalam konteks akidah pula, kāfir bermaksud orang yang menutup hakikat kebenaran yang dia sudah tahu.

Jadi, seorang “kāfir” tidak semestinya orang yang jahil tentang Tuhan, tetapi boleh jadi orang yang tahu kebenaran lalu menutupnya kerana sombong, malas atau kepentingan diri. Asalkan berlaku penutupan oleh orang itu, maka orang itu namanya atau gelarnya kāfir.


Kufr (كُفْر)

Perkataan kufr pula ialah perbuatan yang dilakukan oleh kāfir. Kalau kāfir ialah pelaku, maka kufr ialah tindakan yang dilakukannya. Tindakan itu adalah perbuatan menutup atau menolak kebenaran. Jikalau senang nak faham, ia berlawanan dengan syukur dan berlawanan dengan iman.

Sebab itu lah kita selalu jumpa ketika tadabbur al Qur’an, kadangkala Allah menggunakan perkataan kufr bukan hanya untuk akidah, tetapi juga untuk sikap tidak menghargai nikmat. Ini contohnya:

“Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambah nikmatmu; tetapi jika kamu kufur (yakni menolak nikmat), sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”

Surah Ibrahim 14:7

Dalam konteks ini, kufr bukan sahaja bermaksud tidak percaya Tuhan, tetapi sikap menolak, mengingkari atau menyembunyikan kebenaran setelah ia datang kepada diri.


Kafarū (كَفَرُوا)

Perkataan ini yang mahu kita fokuskan bagi tujuan pemahaman kita. Perkataan kafarū bukan kata nama tapi kata kerja atau perbuatan yang bermaksud “mereka telah kafir” atau “mereka telah menutup kebenaran.”

Bentuk ini menunjukkan perbuatan yang sudah berlaku tapi bukan berkeadaan kekal. Maknanya, ada saat tertentu mereka menolak kebenaran, tetapi mereka masih manusia biasa yang mungkin beriman semula atau kembali kufur selepas itu.

Dalam konteks Surah al-Kahfi 18:102 yang sedang kita bincangkan, kafarū digunakan untuk menggambarkan golongan yang pernah menolak kebenaran dan masih mengulangi kesilapan itu dari semasa ke semasa.

Ia tidak bermaksud orang yang kekal kafir, tetapi mereka yang pernah atau telah melakukan perbuatan kufur iaitu menolak atau menutup kebenaran yang mereka sebenarnya tahu, bukan tidak tahu.

Dengan erti kata lain, “kafarū” ialah kata kerja bagi perbuatan kufur, manakala orang yang melakukannya disebut “kāfir.” Mereka sengaja menggantikan panduan wahyu Allah dengan sangkaan akal mereka.


Hubungan “كَفَرُوا” antara Ayat 100–102

Kita kena ulangkaji balik untuk melihat perhubungan ini.

Dalam al-Kahfi 18:100,

وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ عَرْضًا 

“Kami perlihatkan Jahannam kepada orang-orang kafir dengan nyata.” 

Allah telah menyatakan akibat zahir yang akan berlaku di alam barzakh. Di alam barzakh mereka akan diperlihatkan balasan bagi perbuatan yang mereka. Perbuatan mereka adalah menyembunyikan secara batin penolakan ketika di alam dunia.

Dalam al-Kahfi 18:101, 

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَنْ ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا                   

Allah menjelaskan pula sebab batin mereka tertutup pandangan dan pendengaran daripada zikir Allah.   


Lalu, pada ayat 18:102

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا...                                                                              

Allah telah menjelaskan kepada kita profil intelektual dan keadaan spiritual mereka. Allah katakan mereka hidup dengan sangkaan, bukan dengan wahyu. 

Bukan kita yang kata mereka kafir sebaliknya Allah sendiri yang mengisytiharkan profil mental mereka. 

Perkataan كَفَرُوا dalam 18:102 di sini kembali merujuk kepada golongan yang sama pada ayat 18:100, tetapi dengan fokus berlainan. Bukan lagi untuk tunjuk status, bukan untuk tunjuk punca dalam diri, tetapi untuk menunjukkan mekanisme akal dan sangkaan lah yang membawa kepada kekufuran itu. 

Mereka telah kafir (كَفَرُوا) bukan kerana tidak tahu, tetapi kerana mereka mengira (حَسِبُوا) bahawa logik mereka boleh menentukan hakikat.

Nampak tak bahawa inilah manifestasi tertinggi kekufuran, iaitu apabila akal sendiri menjadi Tuhan kepada penilaian. Inilah puncak profil batin manusia yang menolak hakikat Tauhid selepas melihat tanda-tanda kebenaran dengan akal padahal ia adalah sangkaan.


Setiap artikel di bawah platform Berita Akhir Zaman (BAZ) dihasilkan melalui penyelidikan penuh masa tanpa tajaan mana-mana institusi. Penulisan ini lahir daripada usaha mencari kebenaran berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk membina kefahaman umat manusia tentang realiti akhir zaman.

Jika anda merasakan penulisan ini bermanfaat, jadikanlah sokongan anda sebagai sebahagian daripada jihad ilmu. Sumbangan anda membantu kami menampung kos pengurusan, pembangunan laman web, penyelidikan lanjutan, penyediaan versi video dan suara, serta pengurusan operasi agar operasi ini terus hidup.

Klik di sini untuk membantu kami

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.