Ahad, April 06, 2025
Sumber berita:
Berita Harian
Panas hari ini ingatkan nak hujan, rupanya Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) telah mengeluarkan satu fatwa kewajipan berjihad di Palestin menentang Zionis laknatullah.
Ali al-Qaradaghi, Setiausaha Agung IUMS, menyatakan bahawa kegagalan pemerintah Arab dan Islam dalam menyokong Gaza yang sedang dihancurkan dianggap sebagai kesalahan besar menurut hukum Islam. Beliau menegaskan bahawa jihad melawan penjajah di Palestin adalah tanggungjawab setiap Muslim yang mampu di seluruh dunia Islam.
Tabik spring kepada (IUMS) atas fatwa yang dinanti- nantikan selama ini oleh dunia Islam. Kita tunggu apa pula hasil Muzakarah Majlis Kebangsaan (MKI) nanti.