Ghazwatul Hind Secara Ringkas
Saya pernah berjanji kepada seorang sahabat untuk mengupas tentang Ghazwatul Hind, iaitu peperangan di Hind. Namun, sehingga kini saya masih belum menyiapkannya. Bukan kerana saya tidak mahu menulisnya, tetapi masanya belum tiba. Maka, anggaplah tulisan ini sebagai sedikit kemas kini tentang Ghazwatul Hind, selari dengan beberapa tulisan lain yang telah didedahkan.
Banyak tinggalan yang kita temui di dalam tanah, tetapi orang kita tidak ditemui. Ke manakah mereka pergi? Sebabnya, semua orang yang bertauhid telah berhijrah ke kluster tengah pada waktu itu. Yang saya maksudkan ialah kluster Arab.
Sebab itu, di Arab kita menemukan Bani Qainuqah, Pedang Qala‘i dan sebagainya. Itulah sebabnya tinggalan tersebut berada di sana, sedangkan tiada jejak langsung di sini.
Perkara ini perlu difahami dengan betul. Apa yang saya ceritakan ini bersumberkan al-Quran, tetapi saya menyampaikannya secara santai sebagai satu kemas kini sahaja.
Apa yang ada di sini, termasuk kuda-kuda daripada baka terbaik, turut dibawa ke sana kerana setiap umat mempunyai misi yang sama, iaitu kembali ke tempat kiblat di tengah. Di situlah manusia akan dibangkitkan kelak.
Apakah yang berlaku di Nusantara dahulu? Apabila orang-orang yang bertauhid telah pergi, akan datang sekelompok manusia yang menyembah berhala. Merekalah yang menguasai tanah tersebut selepas ditinggalkan oleh orang-orang yang bertauhid.
Sebab itu, sebahagian tinggalan sejarah yang terdapat di dalam tanah kekal terpelihara tanpa unsur penyembahan berhala. Tinggalan tersebut lebih purba, iaitu daripada generasi nabi yang lebih terdahulu.
Sekarang, para penyembah berhala mendakwa bahawa seluruh tanah ini milik mereka, bukankah begitu? Inilah sebabnya. Kita perlu memahami cara al-Quran menjelaskan sesuatu kerana Allah telah menerangkannya.
Adapun kelompok yang datang kemudian, khususnya selepas era Nabi Sulaiman, ramai penyembah berhala datang dan menguasai wilayah ini sebelum Islam kembali menggantikan pegangan hanif.
Apa yang ingin saya maklumkan untuk masa akan datang ialah, selepas hukuman serangan kedua, sistem khilafah akan bangkit di tanah ini. Mereka mungkin menguasai Kedah Tua untuk sementara waktu, tetapi tidak lama.
Selepas itu, misi mereka adalah berhijrah ke Mekah. Apakah tujuannya? Mereka akan membawa seluruh gerombolan tersebut ke kluster tengah kerana al-Mahdi yang tersembunyi berada di dalamnya.
Jika mereka tidak bergerak, bagaimanakah al-Mahdi akan dibai‘ah di Kaabah kelak? Khilafah akan membawanya untuk diangkat sebagai khalifah.
Daripada sistem pemerintahan khilafah biasa, pemerintahan itu kemudiannya akan berubah menjadi Khilafah ‘ala Manhaj al-Nubuwwah, iaitu zaman al-Mahdi.
Apakah yang akan berlaku di tanah ini? Tanah ini akan dikuasai oleh para penyembah berhala, sama ada golongan tempatan yang terselamat atau kelompok yang bercampur dengan penyembah berhala dari negeri luar. Mereka akan datang lalu menguasai tanah ini.
Kita tidak akan memberikan tumpuan kepada wilayah ini kerana objektif pada waktu itu ialah Jazirah Arab, wilayah Barat dan Dajjal.
Khilafah dari sini tidak akan melalui laluan mereka kerana khilafah akan mengambil jalan yang lebih ke utara. Umat Islam perlu dibebaskan terlebih dahulu, khususnya umat Islam di China dan Korea.
Maka, di sini akan berulang kembali perbuatan mensyirikkan Allah di bumi ini, sebagaimana yang pernah berlaku dahulu. Sebab itu, kita menemukan banyak tinggalan penyembah berhala di dalam tanah. Perkara tersebut telah berlaku dahulu dan akan berlaku lagi.
Semua yang saya sebutkan di atas terdapat dalam al-Quran. Apa yang tidak anda temui adalah kerana anda berfikir secara Arab-sentrik, bukan Anbiya’-sentrik. Ubahlah cara berfikir itu segera. Insya-Allah, semakin banyak perkara akan terbongkar kelak.
Apabila Imam Mahdi dan Nabi Isa selesai berperang, barulah Imam Mahdi kembali bersama tentera Islam ke sini. Nabi Isa pula berada di sana. Setelah itu, barulah berlaku Perang Ghazwatul Hind sebagaimana yang disebut dalam tiga hadis Imam an-Nasa’i.
Itu sahaja kemas kini kali ini.
Balas kepada: