Muhkamat dan Mutasyabihat

MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT - BAHAGIAN 2 : MENOLAK NARATIF “BACA SENDIRI AKAN SESAT”

364 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
2 minit 29 saat

Muhkamat dan Mutasyabihat

Bahagian 2 : Menolak Naratif “Baca Sendiri Akan Sesat”

 

Sedarkah kita bahawa Nabi Muhammad SAW itu Nur (cahaya) dan al-Quran itu Huda (petunjuk)? Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW adalah kalam Allah yang membimbing bukan menyesatkan.

Ini buktinya:

Al Maidah 5:15 (petikan ayat)

قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah cahaya (nūr) dan sebuah Kitab yang jelas nyata.

Al Maidah5:16 (petikan ayat)

يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ
Dengannya (kitab) Allah memberi petunjuk (yahdī) kepada sesiapa yang mengikuti keredaan-Nya, ke jalan keselamatan…

(Al Maidah 5:15-16)

Jadi, kita wajib beriman bahawa al-Qur’an itu telah ditegaskan sebagai huda (pemberi hidayah), bukan sumber kesesatan. Allah jamin “lā rayba fīhi” bahawa tiada keraguan dan tiada ruang untuk menyesatkan.


Saya pasti anda biasa dengan ayat ini dan tidak mungkin bagi anda, iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah menolaknya dengan mengatakan al-Quran sumber kesesatan tatkala Allah menjamin ia sebagai Huda atau pemberi petunjuk.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

الٓمٓ
"Alif, Laam, Miim."

ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلۡمُتَّقِينَ
"Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk (huda) bagi orang-orang yang bertaqwa;"

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 1-2)


Saya juga yakin bahawa anda berpegang kepada pesanan Nabi Muhammad SAW agar kita mengamalkan surah Al-Kahfi agar kita terlindung dari fitnah akhir zaman.

Anda tengok ini pula dalam Surah Al-Isra' ayat 9 yang saya letakkan di bawah ini bahawa al-Quran itu bukan setakat petunjuk, tetapi ia adalah petunjuk ke jalan yang lurus, bukan sebaliknya. Hanya Iblis dan Dajjal atau nafsu anda sendiri yang mahu berkata membaca al-Quran secara sendiri-sendiri itu boleh menyesatkan supaya anda jauh dari petunjuk.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا كَبِيرًا

"Sesungguhnya Al-Qur'an ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul, dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

(QS. Al-Isra' 17: Ayat 9)

Sangat jelas dinyatakan Allah sendiri bahawa, jika anda orang-orang yang soleh, ia adalah berita yang sangat gembira bagi anda. Akan tetapi jikalau anda bukanlah orang-orang yang soleh, al-Quran hanya ayat-ayat biasa sahaja tanpa ada berita istimewa.


Jikalau anda masih juga berkeras bahawa membaca Al Quran secara sendiri-sendiri itu boleh menyesatkan, maka bandingkan pula pendapat anda itu dengan firman Allah yang jelas dan terang ini dalam Surah Fussilat ayat 41-42:

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِٱلذِّكۡرِ لَمَّا جَآءَهُمۡ ۖ وَإِنَّهُۥ لَكِتَٰبٌ عَزِيزٞ
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Qur'an ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Qur'an itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,"

لَّا يَأۡتِيهِ ٱلۡبَٰطِلُ مِنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَلَا مِنۡ خَلۡفِهِۦ ۖ تَنزِيلٞ مِّنۡ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
"Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji."
(QS. Fussilat 41: Ayat 41-42)

2 ayat di atas telah menafikan secara mutlak kebatilan boleh menyelinap masuk ke dalam al-Qur’an. Jika batil tidak boleh mendatanginya, mustahil ia menjadi sumber kesesatan.

Fakta ini akan kekal sampai bila-bila sekalipun walau apa jua pegangan dan pandangan kita. Atas pilihan kita mahu ikut al-Quran atau tidak.

Bersambung


Setiap sumbangan membantu kami hasilkan lebih banyak pendedahan dan bahan ilmiah. Sertai sebagai penaja melalui link di bawah

Klik disini untuk membuat tajaan

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.