Dajjal & AROPL

PEMBOHONGAN DAJJAL DAN AROPL MELALUI AL BAQARAH 2:180

Ogos 18, 2025 396 1
Ongoing
Anggaran masa membaca
4 minit 8 saat

Pendahuluan

 

Mereka Tidak Menolak Quran, Mereka Menunggangnya

Antara fitnah terbesar akhir zaman ialah menggunakan ayat al-Quran untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan konco-konconya tidak menyeru manusia agar menolak al-Quran. Mereka tidak datang dengan penolakan, tetapi dengan tafsiran batil yang diselewengkan dari maksud sebenar.

Dan inilah yang dilakukan oleh gerakan sesat bernama Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) yang dipimpin oleh Abdullah Hashem (Dajjal). Mereka menggunakan ayat Allah untuk menghidupkan ajaran sistem imam, sistem pewarisan ketuhanan dan pemujaan kepimpinan maksum yang mana ia adalah ajaran yang tidak pernah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan tidak pernah disampaikan oleh para sahabat.


Modus Operandi Mereka: Menjadikan Ayat 2:180 Sebagai Kunci Wasiat Palsu

Dalam banyak artikel rasmi mereka dan juga video-video yang tersebar di media sosial, mereka menjadikan Surah al-Baqarah ayat 180 sebagai dalil utama untuk menyokong dakwaan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan wasiat pelantikan pemimpin selepas kewafatan baginda.

Mereka mengaitkan ayat ini dengan Hadis Peristiwa Hari Khamis, lalu menyusun naratif seolah-olah Nabi ingin menulis sesuatu yang mengandungi nama pengganti tetapi kononnya dihalang oleh sahabat. Maka mereka iaitu Dajjal dan konco-konconya pun datang membawa “dokumen” yang mendakwa sebagai wasiat itu.

Dakyah mereka berbunyi begini:

“Jika orang biasa pun diwajibkan untuk berwasiat apabila datang ajal, sudah tentu Nabi S.A.W lebih utama untuk mewasiatkan siapa penggantinya.”

Logik ini nampak munasabah pada mata yang kabur. Tetapi ia tidak lebih dari manipulasi terhadap ayat al-Quran dan hadis, semata-mata untuk memperdaya orang yang jahil dalam mencari kebenaran.


Khair Dimanipulasi Jadi Pelantikan Imam

Apa hujah utama mereka?

Mereka berkata bahawa dalam ayat 180 itu, perkataan "khair" (خَيْرًا) bukan bermaksud harta semata-mata. Sebaliknya, mereka dakwa khair juga merujuk kepada:

  • Ilmu.

  • Risalah.

  • Kepimpinan Ilahi.

  • Wasiat pelantikan imam maksum.

Dengan tafsiran itu, mereka menukar ayat tentang wasiat harta warisan menjadi wasiat dokumen pelantikan kepimpinan, iaitu 12 Imam lalu disambungkan dengan sistem rekaan juga iaitu 12 Mahdi. Akhirnya yang untung adalah Dajjal dapat muncul sebagai Imam Mahdi. 


Biar Kalam Allah Sendiri Yang Akan Membatalkan Tafsiran Mereka

Kami tegaskan di sini bahawa:

Apa yang mereka buat itu bukan tafsiran. Itu pembohongan. Itu penyelewengan terhadap kalam Allah.

Dan kami tidak akan menjawab mereka dengan tafsiran buatan sendiri.

Kami akan bawa jawapan dari ayat-ayat al-Quran yang lain, kerana Allah S.W.T tidak akan membiarkan makna “khair” itu terpenjara dalam satu ayat sahaja.


Satu Ayat Lawan Ratusan Ayat

Jika mereka membina satu doktrin penuh semata-mata atas satu ayat, maka kami akan bawa semua ayat lain yang mengandungi perkataan “khair” dalam Quran.

Bukan untuk menafsirkan sendiri. Tetapi untuk melihat:

Adakah benar “khair” pernah merujuk kepada pelantikan pemimpin atau pewarisan risalah?

Kita akan telusuri ratusan ayat al-Quran yang menyebut khair dan kita akan tunjuk bahawa dalam kesemuanya, tiada satu pun yang membawa makna seperti yang didakwa AROPL.

Apabila ini terbukti, maka tafsiran mereka gugur dengan sendirinya dibatalkan oleh al-Quran, bukan oleh kita.

Apabila kita tahu bahawa ayat al-Quran pun mereka berbohong, maka tak mustahil banyak lagi yang mereka telah bohong.

Mereka tidak berpegang pun kepada tsaqalain walaupun mereka mendakwa berpegang kepada Kitab Allah S.W.T dan itrah ahlulbait Nabi Muhammad S.A.W. Sebaliknya mereka hanya memegang kepada tafsiran pemimpin mereka Abdullah Hashem secara membuta-tuli iaitu orang yang mengaku ahlulbait, mengaku Imam Mahdi tetapi sebenarnya Dajjal.


Jika Anda Sedang Keliru Maka Siri Ini Akan Menjawabnya

Jika ada seseorang datang kepada anda dan berkata:

Nabi Muhammad S.A.W ada wasiat pelantikan pemimpin dalam Quran. Lihat Surah al-Baqarah 2:180. Khair itu bukti!”

Maka katakan kepada mereka:

Saya telah membaca siri ini dan saya tahu kamu sedang berdusta. Khair itu bukan pelantikan. Khair dalam ayat itu adalah harta milik sendiri yang boleh diwasiatkan. Dan kamu telah memalsukan Quran.


Baca Semua Siri Ini Dan Fahami Penipuan Mereka

Artikel ini adalah salah satu daripada siri pembongkaran yang akan menelanjangkan tipu daya Dajjal dan konco-konconya satu per satu.

Kita akan bawa anda melihat:

  • Apa sebenarnya maksud “khair”.

  • Bagaimana ia digunakan dalam Quran.

  • Dan bagaimana setiap ayat yang menyebut khair, sebenarnya sedang membatalkan AROPL.

Pada akhirnya kami mahu anda kenal mereka bukan untuk berlawan dengan mereka tetapi lari dari mereka. Sila baca dan hadamkan.


Sokongan Anda Menjadi Nyawa Siri Ini

📌 Artikel ini ditulis hasil sokongan dan tajaan para pembaca budiman yang menyokong inisiatif besar ini iaitu JIHAD SIBER MELAWAN DAJJAL.

Kepada semua penaja, kami ucapkan jutaan terima kasih. Setiap sen yang anda salurkan menjadi pelita untuk menyalakan hujah, mendedahkan fitnah dan membuka mata semua orang yang hampir terpedaya.

Tajaan anda adalah sebahagian dari jihad. Dan anda sedang menulis sejarah.

Kami telah dan sedang berusaha sepenuh masa untuk menukar siri pembongkaran ini kepada:

  • eBook percuma,

  • video pendedahan bersuara penuh (voiceover), dan

  • kandungan padat untuk semua platform media sosial.

Tetapi semua ini perlukan dana, masa, dan sokongan berterusan.

🕯️ Jika anda mahu menjadi sebahagian dari barisan pembela kebenaran ini, kami mengalu-alukan tajaan anda. Anda bukan sekadar menyumbang kepada penulisan anda menyumbang kepada penyebaran cahaya di tengah kabus fitnah akhir zaman.

Klik Sini Untuk Membuat Tajaan

 

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.