Fenomena Kebutaan Penglihatan dan Ketulian Pendengaran Umat Islam Akhir Zaman

ALLAZīNA (ٱلَّذِينَ) DAN KEDUDUKAN DALAM KONTEKS 18:98 HINGGA 18:101

1,600 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
3 minit 12 saat

FENOMENA KEBUTAAN PENGLIHATAN DAN KETULIAN PENDENGARAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Allazīna (ٱلَّذِينَ) Dan Kedudukan Dalam Konteks 18:98 hingga 18:101

 

Intro

Memahami maksud “allazīna” dalam ayat 18:101 sangat penting kerana ia menentukan siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Allah dalam konteks Surah al-Kahfi ini. Tanpa memahami rujukan “allazīna”, seseorang boleh tersalah tafsir bahawa ayat ini hanya amaran untuk bukan Islam, sedangkan ia sebenarnya adalah diagnosis terhadap kita, umat Islam akhir zaman yang mengenal Allah tetapi tidak lagi berfikir atau berzikir kepada-Nya. 

Ayat 18:101 bermula dengan:

ٱلَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَنْ ذِكْرِي...

“(Iaitu) orang-orang yang matanya tertutup daripada mengingati-Ku...”

Perkataan ٱلَّذِينَ (allazīna) berfungsi sebagai kata penyambung menghubungkan subjek baru sekarang pada ayat ini kepada sesuatu yang telah disebut sebelum ini pada ayat-ayat terdahulu.

Maknanya, ayat 101 tidak berdiri sendiri. Ia sebenarnya menerangkan siapakah “orang kafir” yang disebut dalam ayat sebelumnya, 18:100:

وَعَرَضۡنَا جَهَنَّمَ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡكَٰفِرِينَ عَرۡضًا

"Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;"

Surah Al-Kahf 18: Ayat 100

Jadi, allazīna di sini adalah bermaksud 

“yakni orang-orang kafir yang dimaksudkan tadi itu ialah mereka yang...”

Dengan kata lain yang kita boleh pegang adalah:

  • 18:100 sebut tentang “orang kafir”.
  • 18:101 mula menerangkan profil atau sifat dalaman orang kafir tersebut.

Siapa Golongan Ini Berdasarkan Kesinambungan 18:98–100?

Mari kita lihat alirannya secara kronologi untuk menyenangkan faham.

18:98 Zulkarnain berkata tembok ini rahmat Allah, dan akan hancur bila janji Allah tiba. Kaum yang menyaksikan rahmat Allah (manusia yang diberi peluang kenal kebenaran).                             

18:99 Setelah tembok runtuh, manusia dan Yakjuj-Makjuj bercampur; kemudian sangkakala ditiup. Manusia yang hidup selepas tembok runtuh dan dunia bercampur kebenaran dan kebatilan.                           

18:100 Jahannam diperlihatkan kepada orang kafir. Golongan yang menolak janji Allah setelah melihat kebenaran.                                                  

18:101 Allazīna menjelaskan siapa “orang kafir” itu. Iaitu orang Islam yang pernah mengenal Allah tetapi akhirnya menjadi buta dan tuli terhadap peringatan-Nya.


Makna “Allazīna” Secara Bahasa dan Konteks

Saya percaya anda biasa jumpa dalam Al Quran bahawa ٱلَّذِينَ (allazīna) digunakan untuk manusia yang mempunyai kesedaran, kefahaman dan tanggungjawab.

Perhatikan kalimat yang selalu dijumpai ini iaitu يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا (Yā ayyuhallazīna āmanū). Ia adalah satu bentuk seruan yang sangat penting dalam al-Qur’an. Ia digunakan secara eksklusif oleh Allah SWT untuk menyeru orang yang sudah beriman, bukan orang kafir.

Ia juga tidak digunakan untuk binatang, jin atau manusia bodoh yang tidak pernah menerima dakwah. Allah tidak akan berkata “allazīna” untuk penyembah berhala purba yang tidak pernah tahu Islam.

Ia digunakan untuk mereka yang tahu, dengar, dan faham tetapi menolak.

Jadi, bila ayat ini berkata:

ٱلَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَنْ ذِكْرِي

“Orang-orang yang matanya tertutup daripada mengingati-Ku,”

Maka, ia bukan menggambarkan orang kafir asal seperti penyembah berhala, tetapi menggambarkan golongan yang pernah dan sedang mendengar ayat Allah, mengenal nama Allah, makrifatullah tetapi hakikatnya tidak lagi menilai hidup mereka berdasarkan zikrullah (ingatan) kepada Allah.


Rumusan 

“Allazīna” dalam ayat ini maksudnya mereka yang sebenarnya tahu tentang Allah, sedang bercakap tentang Allah, berilmu, pernah dengar peringatan, bahkan sedang memberikan peringatan tetapi pada masa yang sama mereka tak peduli lagi pada ayat-ayat Allah atas diri mereka.


Setiap artikel di bawah platform Berita Akhir Zaman (BAZ) dihasilkan melalui penyelidikan penuh masa tanpa tajaan mana-mana institusi. Penulisan ini lahir daripada usaha mencari kebenaran berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk membina kefahaman umat manusia tentang realiti akhir zaman.

Jika anda merasakan penulisan ini bermanfaat, jadikanlah sokongan anda sebagai sebahagian daripada jihad ilmu. Sumbangan anda membantu kami menampung kos pengurusan, pembangunan laman web, penyelidikan lanjutan, penyediaan versi video dan suara, serta pengurusan operasi agar operasi ini terus hidup.

Klik di sini untuk membantu kami

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.