Fenomena Kebutaan Penglihatan dan Ketulian Pendengaran Umat Islam Akhir Zaman

FRASA KāNAT AʿYUNUHUM (كَانَتۡ أَعۡيُنُهُمۡ) DALAM AL KAHFI 18:101

1,451 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
2 minit 22 saat

FENOMENA KEBUTAAN PENGLIHATAN DAN KETULIAN PENDENGARAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Frasa kānat aʿyunuhum (كَانَتۡ أَعۡيُنُهُمۡ) Dalam Al Kahfi 18:101

 

Kānat (كَانَتۡ)

Perkataan kānat membawa maksud keadaan yang telah lama berlaku dan berterusan, bukan sesuatu yang baru muncul. Ia menunjukkan sifat yang sudah menjadi tabiat tetap (state of being) dalam diri subjek yang disebut.

Contoh lain jika mahu rujuk untuk pengesahan bagi maksud kānat (كَانَتۡ) adalah:

... وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا 

... Allah sentiasa Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Petikan Surah An-Nisa’ 4:96

Jadi, dalam konteks ayat Al Quran Surah Al-Kahfi 18:101 yang sedang kita perbincangkan ini, kānat menandakan bahawa “penutupan mata” itu bukan baru berlaku, tetapi sudah lama berakar dalam diri mereka, yang merupakan satu bentuk kemerosotan kesedaran yang berterusan, berlapis dan kronik.


Aʿyunuhum (أَعْيُنُهُمْ)

Perkataan aʿyunuhum berasal dari ʿayn (mata), tetapi dalam al-Qur’an, ʿayn tidak semestinya merujuk kepada organ fizikal. Ia juga boleh membawa makna:

a.  Alat kesedaran dan alat pemerhatian,

b. Fungsi persepsi terhadap realiti dan tanda-tanda Allah (āyāt).


Contoh lain yang lengkap untuk menyenangkan anda faham adalah seperti di bawah ini:

لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat; merekalah orang-orang yang lalai.

Surah Al-A'raf 7:179

Maka, “أعينهم” dalam ayat Surah Al-Kahfi 18:101 yang sedang kita perbincangkan di sini tidak merujuk kepada mata fizikal yang terpejam, tetapi kepada sistem kesedaran dan penilaian dalaman yang telah kehilangan fungsinya iaitu kemampuan akal dan jiwa mereka untuk mengenal, menilai dan menerima kebenaran telah terpadam sepenuhnya.


Kānat Aʿyunuhum (كَانَتۡ أَعْيُنُهُمْ)

Oleh yang demikian, gabungan “kānat aʿyunuhum” memberi maksud:

“Kesedaran penglihatan yang berpunca daripada sistem cahaya melalui mata mereka telah lama berada dalam keadaan tertutup, yang mana saluran fizikal (mata) yang diciptakan untuk menangkap cahaya tidak lagi berfungsi menyalurkan kebenaran makna kepada akal dan hati.”

Ini bererti, mereka bukanlah mereka tiba-tiba menjadi buta terhadap zikrullah, tetapi mereka sudah lama hidup dalam sistem yang menafikan hakikat ketuhanan sebenar. Akibatnya penutupan itu menjadi keadaan semula jadi (state of being), bukannya reaksi sementara.

Justeru, ayat Al-Kahfi 18:101 ini menandakan, penyakit itu bukan luaran tetapi dalaman. Ia bukan akibat sekali kejadian, tetapi lahir daripada pengumpulan penolakan terhadap ayat-ayat Allah berterusan sehingga mengakibatkan seluruh sistem kesedaran mereka tertutup daripada menerima cahaya kebenaran.


Jadilah Penyokong Misi Ini

Setiap artikel di bawah platform Berita Akhir Zaman (BAZ) dihasilkan melalui penyelidikan penuh masa tanpa tajaan mana-mana institusi. Penulisan ini lahir daripada usaha mencari kebenaran berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk membina kefahaman umat manusia tentang realiti akhir zaman.

Jika anda merasakan penulisan ini bermanfaat, jadikanlah sokongan anda sebagai sebahagian daripada jihad ilmu. Sumbangan anda membantu kami menampung kos pengurusan, pembangunan laman web, penyelidikan lanjutan, penyediaan versi video dan suara, serta pengurusan operasi agar operasi ini terus hidup.

Klik di sini untuk membantu kami

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.