Bahagian 1: Kaum Saba' dan Nusantara - Seruan Mengkaji Semula Warisan Yang Terlindung
Selama ini kita diajar bahawa Kaum Saba’ berasal dari Yaman atau Jordan, berdasarkan rujukan tafsir klasik dan kajian arkeologi silam. Tetapi bagaimana jika kita katakan bahawa anggapan ini mungkin perlu disemak semula? Bagaimana jika, dengan penemuan-penemuan moden dan pemahaman Al-Quran yang lebih luas, kita mendapati bahawa Kaum Saba' itu sebenarnya berada di Nusantara?
Susunan Kisah dalam Surah Saba’ – Isyarat Tersembunyi
Dalam Surah Saba’, Allah menyusun naratif bermula dengan Nabi Daud AS, diikuti Nabi Sulaiman AS, dan kemudian barulah kisah Kaum Saba’. Ia bukan kebetulan. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan rapat dengan kekuasaan, kekayaan alam, kepandaian dalam logam dan besi, serta hubungan dengan alam semesta. Ini adalah bayangan terhadap sebuah peradaban hebat. Kika kita kaji secara teliti, banyak ciri yang disebut itu cocok dengan alam dan sejarah Nusantara, bukan tanah Arab semata-mata.
Sungai Batu – Jejak Besi yang Terpendam
Penemuan Tamadun Sungai Batu di Kedah, yang diiktiraf pakar antarabangsa sebagai antara tamadun tertua dunia, menunjukkan satu industri besi purba yang luar biasa. Dan dalam Al-Quran, besi bukan bahan biasa kerana ia disebut khusus dalam konteks Nabi Daud dan kekhalifahan.
Gabungkan ini dengan gambaran Kaum Saba’ yang memiliki kebun-kebun subur, keindahan flora fauna, kekayaan emas dan permata, serta berada di kawasan kepulauan, bukankah semua ini lebih tepat menggambarkan Nusantara?
Dari Tanah Besar ke Kepulauan: Jejak Geologi yang Membentuk Nusa
Surah Saba’ menyatakan bahawa azab yang menimpa kaum tersebut melibatkan banjir yang merosakkan kebun-kebun kiri dan kanan menunjukkan wujudnya sebuah sistem sungai yang besar. Kemudian, berlaku perubahan altitude, pohon-pohon yang subur diganti dengan cemara, dan wilayah mereka berubah menjadi kawasan kepulauan. Inilah kita kenal hari ini sebagai Nusantara.
Perubahan bentuk muka bumi ini menandakan bukan sahaja kehancuran fizikal, tetapi juga pemisahan sosial dan keagamaan. Namun, Allah menyelamatkan saki baki golongan Hanif yang beriman, dan merekalah yang mewarisi wilayah ini menunggu saat untuk kembali bersinar.
Saba’ dan Kita: Warisan yang Sedang Menunggu untuk Dibangkitkan
Sebahagian daripada kita yang hidup hari ini di Nusantara ini mungkin sebenarnya waris kepada Kaum Saba’ yang selamat. Mereka dahulu adalah penganut agama Hanif, agama asal Nabi Ibrahim AS yang mentauhidkan Allah. Dan apabila Islam datang, mereka menyambutnya bukan sebagai agama baru, tetapi sebagai penyambung warisan lama.
Allah telah beri peluang kepada semua agama utama samada Yahudi, Nasrani dan Hanif untuk menerima Islam. Kini, giliran kita pula untuk menentukan arah kita dalam putaran sejarah ini. Apakah kita akan mengulangi kesilapan mereka? Atau akan bangkit menjadi penyambung kekhalifahan terakhir?
Akhir Zaman Bermula dari Timur
Penulisan ini bukan sekadar spekulasi. Ia adalah seruan awal. Jika benar Kaum Saba’ itu pernah mendiami bumi ini, maka rencana besar akhir zaman akan bermula dari sini juga. Dari tanah ini akan bangkit Panji Hitam dari Timur. Tapi sebelum itu, kita akan diuji. Dilenyek. Diuji setahap demi setahap. Hanya yang benar-benar beriman akan bertahan.
Dan seperti yang disebut dalam Surah Saba’ ayat 9 — jangan sesekali memperlekehkan orang yang memberi peringatan ini, kerana balasannya bukan kecil. Ia datang dari langit, dari gunung, dari laut. Semua serentak.
Kami akan sambung perbincangan ini dalam siri-siri akan datang, dengan lebih terperinci:
Jika anda ingin tahu siapa sebenarnya kita, jangan lepaskan siri-siri akan datang. Kita akan bongkar jejak purba yang sedang menanti untuk dibangkitkan.
Kita bukan sekadar penduduk Nusantara. Kita mungkin Kaum Saba’ yang tersisa.
Balas kepada: