Agama Sangkaan : Pembongkaran Surah Al Kahfi 18:102 Terhadap Umat Akhir Zaman

BAHAGIAN 2 - HASIBA (حَسِبَ)

337 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
3 minit 14 saat

Agama Sangkaan : Pembongkaran Surah Al Kahfi 18:102 Terhadap Umat Akhir Zaman

Bahagian 2 - Hasiba (حَسِبَ)

 

Sebagai orang awam, ketika membaca ayat ini saya selalu tersalah maknanya. Disebabkan saya tidak mahu kesalahan saya diulangi orang lain saya kongsikan di sini supaya kita sama-sama tahu dan tidak mengulangi kesilapan sama. Semoga dengan itu, kefahaman kita kepada 18:102 akan semakin baik.

Sekali pandang saya ingatkan حَسِبَ (ḥasiba) dengan dan حِسَاب (ḥisāb) lebih kurang sama sahaja tapi ia sangat berbeza. Memang ia berasal dari akar yang sama, tetapi berbeza fungsi. 

Kita akan memerhatikan hubungan antara keduanya supaya kita dapat menjelaskan bagaimana manusia termasuk saya yang tidak berhati-hati dengan “ḥisāb” boleh jatuh ke dalam “ḥasbān”, iaitu membina sangkaan sendiri tentang realiti padahal berada dalam sangkaan.

Ini kita sangat kena mengambil berat kerana kita mungkin seorang yang beramal soleh dengan menghidupkan malam tanpa terputus walaupun sekalipun, tetapi sayangnya kita hidup dalam sangkaan bukannya realiti.


Perkongsian Akar

Mari kita baca sama-sama apa yang telah saya pecahkan ini:

Akar tiga huruf ḥā-sīn-bā’ (ح س ب) dalam bahasa Arab memang membawa makna asas iaitu:

“Mengira, menimbang, menilai sesuatu dengan hitungan tertentu.”

Daripada akar ini lahirlah dua cabang besar iaitu:

1.  Hasiban (حَسِبَ) - Hasiban atau ḥisban bermaksud menyangka, mengira, menilai berdasarkan tanggapan diri. 

2.  Hisāb (حِسَاب) - Hisāb pula hitungan sebenar, penilaian yang sahih terutama oleh Allah. 

Kedua-duanya berkongsi akar “pengiraan”, tetapi beza adalah pada "siapa yang mengira" dan "atas dasar apa" pengiraan dibuat.


Kiraan Konseptual vs Kiraan Faktual

Sangkaan manusia (حَسِبَ) adalah sebuah pengiraan yang subjektif dan konseptual.

Pengiraan manusia dibuat berdasarkan tanggapan, logik atau andaian sendiri.

Jadi, keputusan tidak semestinya betul malah sering disebut oleh al-Qur’an dalam konteks
kekufuran yang berpunca daripada cara berfikir dan sumber ilmu yang salah. Ia bukan penolakan terhadap Allah secara terang-terangan, tetapi penolakan terhadap cara Allah menetapkan kebenaran.

Ayat 18:102 ini adalah contoh paling sesuai untuk menunjukkan konteks kekufuran ini.

 أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا...

“Apakah orang kafir menyangka…” 

Petikan Surah al-Kahfi 18:102


Hitungan Allah (حِسَاب) pula adalah pengiraan objektif, faktual dan mutlak.

Allah membuat perhitungan berdasarkan kepada kebenaran yang tidak dapat ditipu.

Hisab digunakan dalam konteks Hari Akhirat dan penilaian amal sepertimana contoh ini.

  إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ ۝ ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ

“Sesungguhnya kepada Kami tempat kembali mereka, dan atas Kamilah perhitungan mereka.” 

Surah al-Ghāshiyah 25–26


Penjara Pemikiran

Maka apabila kita ringkaskan perbezaan Hasib dan Hisab ini, kita akan dapati ia berbeza sangat.

Kita manusia, sekalipun kita menyangka kita menghisab kadangkala kita hanya menyangka sahaja kerana kita cuma manusia sedangkan Allah itu pencipta.

Pengiraan kita dibuat dengan akal yang terbatas keupayaannya, maka hasilnya adalah sangkaan, sedangkan pengiraan Allah dibuat dengan sifat Alim milik Allah lalu keputusannya adalah kebenaran.

Sifat keputusan hasil pengiraan sudah tentulah berbeza kerana kita punya sentiasa subjektif, terbatas dan sering tersilap sedangkan Allah sangat mutlak, benar dan pasti adil. 

Allah dalam ayat ini walaupun baru dimulakan dengan أَفَحَسِبَ sebenarnya telah menegur kita dalam sebuah pertanyaan kepada kita bahawa kita ini banyak mencipta teori, banyak membuat andaian dan banyak melahirkan tafsiran.  

Inilah bahaya pada diri kita terutamanya umat akhir zaman. Bila kita terselaputi dan terkeliru berterusan, maka kita tak langsung akan mengambil alih peranan Allah sebagai membuat “ḥisāb”. Di sinilah masalah bermula walaupun kita beriman di mana kita tak sedar mula menggantikan fungsi “ḥisāb” dengan “ḥasiba” lalu kita menilai realiti dunia mengikut fikiran kita sendiri. Inilah penjara pemikiran.


Setiap artikel di bawah platform Berita Akhir Zaman (BAZ) dihasilkan melalui penyelidikan penuh masa tanpa tajaan mana-mana institusi. Penulisan ini lahir daripada usaha mencari kebenaran berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk membina kefahaman umat manusia tentang realiti akhir zaman.

Jika anda merasakan penulisan ini bermanfaat, jadikanlah sokongan anda sebagai sebahagian daripada jihad ilmu. Sumbangan anda membantu kami menampung kos pengurusan, pembangunan laman web, penyelidikan lanjutan, penyediaan versi video dan suara, serta pengurusan operasi agar operasi ini terus hidup.

Klik di sini untuk membantu kami

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.