Malaysia Bakal Diserang, Kerana Inilah Tanah Bani Israel

MENGAPA SERANGAN DALAM AYAT 5 BERMULA DENGAN PERJANJIAN DALAM AYAT 4

321 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
5 minit 9 saat

Mengapa Serangan Dalam Ayat 5 Bermula Dengan Perjanjian Dalam Ayat 4

Siri: Malaysia Bakal Diserang, Kerana Inilah Tanah Bani Israel


Wajib Dibaca Sebelum Meneruskan Artikel Ini

Sebelum meneruskan bacaan, anda wajib membaca artikel asas di bawah terlebih dahulu:

Perkara Asas Yang Wajib Difahami Sebelum Membaca Artikel Ini

Artikel ini tidak boleh dibaca secara terpisah daripada asas tersebut. Jangan terus membaca artikel ini dengan kepala yang sudah penuh sangkaan. Jangan baca dengan rangka fikir lama yang telah terbiasa mengunci Surah al-Isra’ kepada tafsiran yang belum tentu tepat pada tempatnya.


Adakah ayat 5 ialah sambungan langsung kepada ketetapan fasad dan uluww Bani Israel dalam ayat 4?

Ya. Ayat 5 bukan cerita baharu yang muncul secara terpisah. Ia ialah sambungan langsung kepada ayat 4. Ia ialah pelaksanaan janji selepas Allah menyebut ketetapan besar terhadap Bani Israel, iaitu mereka akan melakukan fasad di bumi sebanyak dua kali dan mereka akan melakukan uluww yang besar.

Ayat 4 menyebut:

وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

Maksudnya,

Kami telah menetapkan kepada Bani Israel dalam Kitab: kamu pasti akan melakukan kerosakan di bumi dua kali dan kamu pasti akan meninggi dengan ketinggian yang besar.

Kemudian ayat 5 pula menyambung:

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚ وَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولًا

Maksud:

Maka apabila datang janji yang pertama daripada kedua-duanya, Kami bangkitkan ke atas kamu hamba-hamba milik Kami yang mempunyai kekuatan keras, lalu mereka menjelajah masuk ke celah-celah diyar. Janji itu adalah janji yang dilaksanakan.

Di sini, ayat 5 tidak bermula dengan nama lokasi atau nama kota atau nama raja atau nama kerajaan. Ia juga tidak bermula dengan Jerusalem atau Palestin atau Babylon atau Rom. Ayat 5 bermula dengan فَإِذَا.

Itulah kuncinya di mana ayat 5 dibuka dengan hubungan sebab, masa dan pelaksanaan janji.


Apakah Fungsi فَـ Di Awal Ayat 5?

Ayat 5 bermula dengan:

فَإِذَا

Huruf pertamanya ialah:

فَـ

Huruf فَـ di sini berfungsi menghubungkan ayat 5 dengan ayat sebelumnya.

Ayat 4 telah menyebut dua unsur besar dalam ketetapan itu:

Bani Israel akan melakukan fasad di bumi dua kali.

Bani Israel akan melakukan uluww yang besar.

Kemudian ayat 5 berkata:

Maka apabila datang janji yang pertama daripada kedua-duanya...

Maksudnya, فَـ mengikat ayat 5 kepada ayat 4.

Tanpa فَـ, ayat 5 boleh kelihatan seperti permulaan cerita baru atau konteks baru atau blok baru. Namun Quran meletakkan فَـ di hadapan إِذَا untuk menunjukkan bahawa apa yang disebut dalam ayat 5 datang sebagai sambungan kepada apa yang telah disebut dalam ayat 4.

Jadi inilah strukturnya:

Allah menetapkan kepada Bani Israel dalam Kitab.

Mereka akan melakukan kerosakan di bumi dua kali.

Mereka akan meninggi dengan ketinggian besar.

Maka apabila datang janji pertama daripada dua itu, Allah membangkitkan ke atas mereka hamba-hamba-Nya yang keras kekuatannya.


Adakah فَـ Menunjukkan Akibat Langsung?

Ya, sudah tentu kerana فَـ di awal ayat 5 menunjukkan hubungan akibat yang sangat rapat.

Ayat 4 menyebut sebab besar:

لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ
Kamu pasti akan melakukan kerosakan di bumi dua kali.

Kemudian disebut:

وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا
Kamu pasti akan meninggi dengan ketinggian yang besar.

Selepas itu datang:

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا
Maka apabila datang janji yang pertama daripada kedua-duanya...

Ini adalah sebuah susunan yang mana al-Quran sedang membina rangka untuk kita faham bahawa urutan:

Fasad berlaku.

Uluww berlaku.

Janji hukuman tiba.

Kuasa keras dibangkitkan.

Kawasan kediaman mereka dimasuki.

Janji Allah benar-benar berlaku.

Maka فَـ menunjukkan bahawa serangan dalam ayat 5 bukan sekadar peristiwa konflik atau politik krisis biasa. Ia bukan semata-mata cerita satu kuasa menyerang satu kaum. Ia ialah akibat daripada fasad dan uluww yang telah disebut dalam ayat 4.

Di sinilah ramai dari kita tersilap. Kita terus melompat kepada soalan:

Siapa penyerang itu?

Atau:

Di mana lokasi itu?

Sedangkan Quran memulakan dengan sebab:

Apa kesalahan Bani Israel?

Memang jelas bahawa al-Quran tidak mula dengan “Babylon” atau “Jerusalem” atau “Temple” atau "Masjid". Tetapi al-Quran mula dengan fasad dan uluww.

Maka minda kita sebagai pembaca mesti diubah kepada bacaan yang betul. Bukannya:

Ada satu kerajaan menyerang Bani Israel.

Sepatutnya pembacaan yang lebih tepat ialah:

Bani Israel melakukan fasad dan uluww. Maka apabila janji hukuman pertama tiba, Allah membangkitkan satu kuasa keras dan kuat ke atas mereka.

Ini akan membawa perbezaan pemahaman yang besar kepada kita. Satu bacaan menjadikan ayat itu kisah biasa. Satu lagi bacaan menjadikan ayat itu hukum sejarah daripada Allah.


Apakah Hubungan لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ Dengan وَعْدُ أُولَاهُمَا?

Frasa dalam ayat 4 adalah begini:

لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ

bermaksud:

Kamu pasti akan melakukan kerosakan di bumi dua kali.

Kemudian frasa dalam ayat 5 pula:

وَعْدُ أُولَاهُمَا

bermaksud:

janji yang pertama daripada kedua-duanya.

Maka, hubungan kedua-dua frasa ini sangat rapat.

Ayat 4 menyebut:

مَرَّتَيْنِ
dua kali.

Ayat 5 menyebut:

أُولَاهُمَا
yang pertama daripada kedua-duanya.

Jadi, mari kita tanya:

Yang pertama daripada dua apa?

Jawapannya kembali kepada ayat 4:

Dua kali fasad.

Maka وَعْدُ أُولَاهُمَا bukan berdiri sendiri. Ia terikat dengan مَرَّتَيْنِ. Ayat 5 sedang bercakap tentang janji hukuman bagi fasad pertama daripada dua fasad yang disebut dalam ayat 4.

Susunan maknanya begini:

Kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali. Maka apabila datang janji bagi kerosakan pertama daripada dua kerosakan itu...

Di sini, وَعْد membawa maksud janji yang pasti dilaksanakan. Dalam konteks ayat ini, ia bukan janji nikmat sebaliknya janji hukuman. Hal ini jelas kerana selepas frasa itu Allah menyebut:

بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ

Maksudnya:

Kami bangkitkan ke atas kamu hamba-hamba milik Kami yang mempunyai kekuatan keras yang sangat kuat.

Maka rangkanya begini:

Fasad pertama berlaku.
Janji hukuman pertama tiba.
Allah membangkitkan kuasa keras ke atas mereka.

Dengan ini, وَعْدُ أُولَاهُمَا mesti dibaca melalui لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ. Jika tidak, ayat 5 akan terputus daripada puncanya.


Kesimpulan

Daripada susunan ayat ini, jelas bahawa Surah al-Isra’ ayat 5 tidak boleh dibaca sebagai kisah sejarah yang terpisah daripada ayat 4. Ia bermula dengan فَإِذَا, iaitu lafaz yang mengikat ayat ini kepada ketetapan sebelumnya.

Al-Quran tidak mengajar kita untuk terus melompat kepada soalan lokasi. Al-Quran terlebih dahulu mengajar kita melihat sebab. Apa kesalahan mereka? Apa bentuk kerosakan mereka? Apa bentuk uluww mereka? Mengapa janji hukuman itu tiba?

Jika ayat 5 terus dibaca sebagai cerita satu kerajaan menyerang Bani Israel, maka ayat ini akan menjadi kisah sejarah biasa. Sebaliknya, apabila ayat 5 dibaca bersama ayat 4, ia menjadi hukum sejarah daripada Allah. Fasad berlaku. Uluww berlaku. Janji hukuman tiba. Allah membangkitkan satu kuasa keras ke atas mereka.

Dengan cara ini, kita tidak sedang menolak satu lokasi untuk memenangkan lokasi lain. Kita sedang menolak kaedah membaca ayat secara tergesa-gesa.

Maka sebelum sesiapa memuktamadkan ayat ini kepada Jerusalem, Palestin, Babylon, Rom, Nusantara, Semenanjung Tanah Melayu, Melaka atau mana-mana lokasi, perkara pertama yang wajib dibuat ialah kembali kepada struktur ayat. 

Kita tidak boleh menerima Jerusalem hanya kerana ia masyhur. Kita juga tidak boleh menerima Nusantara hanya kerana ia kelihatan sesuai dengan rangka kajian baharu. Semua lokasi mesti diuji dengan lafaz al-Quran. 

Ayat ini bermula dengan sebab, masa dan pelaksanaan janji.

Klik untuk bantu kami

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.