Bani Israel

MALAYSIA BAKAL DISERANG, KERANA INILAH TANAH BANI ISRAEL

April 22, 2026 1,921 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
6 minit 54 saat

Malaysia Bakal Diserang, Kerana Inilah Tanah Bani Israel

Pendahuluan


Telah hampir tiba saatnya negeri ini akan diserang buat kali kedua.

Serangan ini bukan serangan biasa, sebaliknya satu janji daripada Rabb sekalian alam yang telah disebut sejak dahulu dalam kitab-kitab yang mulia. Perintah dan peringatan itu dikenali dalam Perjanjian Lama sebagai The 10 Commandments, lalu diwahyukan kembali dalam al-Quran menerusi Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 36.

Kita akan diserang oleh kuasa luar secara mengejut. Peristiwa itu bukan sekadar membawa kemusnahan, malah akan menjatuhkan maruah kita dengan kehinaan yang besar. Tanah ini bukan tanah biasa. Kita yang hidup di atasnya membawa warisan para nabi, dan pada sebahagian besar bangsa di sini masih mengalir pertalian keturunan yang bersambung kepada Bani Israel.

Bagi sesiapa yang masih belum faham juga, saya sedang menyatakan apa yang telah dinyatakan dalam kitab-kitab suci bahawa negeri kita ini Malaysia secara spesifiknya di Semenanjung dan Centre of Gravity (COG) adalah Lembah Bujang, Kedah akan diserang secara mengejut oleh negara lain atau perikatan beberapa negara lain. Kita akan diserang bukannya kita berperang.

Anda setuju atau tidak setuju, itu pilihan anda sendiri. Saya tidak memaksa sesiapa pun untuk menerima dakwaan ini hanya kerana saya yang mengatakannya dalam penulisan ini. Namun saya mempunyai justifikasi yang kukuh bagi setiap perkara yang saya kemukakan dan semuanya akan dihuraikan satu demi satu bahagian dalam siri penulisan ini.

Penulisan ini jangan dibaca dengan emosi, jangan juga dibaca dengan nada ketakutan. Bacalah dengan tenang dengan akal yang waras dan dengan kesediaan untuk menilai fakta serta keterbukaan terhadap hujah yang akan dibentangkan. Jika anda datang hanya untuk menolak sebelum membaca sampai habis, saya yakin dan saya percaya bahawa anda pasti tidak akan faham apa yang sedang saya cuba sampaikan.

Asas kepada perbincangan dalam penulisan ini adalah berpaksikan kepada ayat 4 Surah Al Isra' dan mestilah dibaca bersama dengan seluruh konteks dalam Surah Al Isra'.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan (fasad) di bumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau (uluw)."

(QS. Al-Isra' 17: Ayat 4)

Ayat ini menjadi kunci kepada seluruh perbincangan yang akan datang. Sebab itu, sesiapa yang benar-benar mahu memahami mesej penulisan ini mesti bersedia membaca bersama artikel-artikel terdahulu yang telah saya susun sebelum ini. Tanpa asas tersebut, ramai akan tergesa-gesa membuat kesimpulan, lalu menolak sesuatu yang mereka sendiri belum faham secara menyeluruh.


Prerequisites wajib untuk pembaca

Untuk membolehkan anda memahami mesej yang hendak disampaikan dalam penulisan ini, anda perlu membaca artikel-artikel sebelumnya melalui pautan yang saya sertakan seperti berikut.

1. Anda boleh membezakan dengan benar setiap istilah berikut iaitu Yahudi, Bani Israel dan Negara Israel. Setidak-tidaknya anda mempunyai asas agar tidak mencampuradukkan semua istilah sebagai satu makna. Kita sekarang sedar membicarakan keturunan Bani Israel yang hilang dari rekod Yahudi tetapi disebutkan dalam al-Quran. Kita tidak pernah membicarakan tentang Yahudi dan neghara haram Israel. Anda baca ini Yahudi, Bani Israel dan Negara Israel Bukan Perkara Yang Sama

Pertama, anda kena tahu dan sedar bahawa Allah SWT dalam al-Quran surah Al Maidah 5:20 telah menyatakan bahawa Bani Israel bukan bangsa yang lemah, mempunyai keturunan yang ramai nabi dan nenek moyang kamu dahulu adalah mulukan iaitu bangsa yang memerintah, bukan bangsa yang diperintah. Baca ini Pemulihan Maruah Bani Israel Selepas Perhambaan dan ini Bani Israel Dikembalikan Dari Hamba Abdi Menjadi Umat Berdaulat

Kedua, Anda juga kena tahu dan sedar bahawa apabila perkara ini mula ditulis dan terbuka sebegini rupa, semua pihak baik hitam atau putih sedang memerhati. Anda kena faham 6 Fasa Putaran Kekhalifahan Manusia. Di Timur, di bumi yang pernah disebut penuh barakah, Allah sedang memulihkan semula umat akhir zaman agar memahami makna sebenar mulukan supaya kebangkitan akan berjalan untuk sebuah umat yang berdaulat. Memulih bermaksud dimusnahkan dan dibangunkan semula.

Ketiga, anda tahu dan sedar bahawa Allah SWT di dalam Al Quran telah memerintahkan Nabi Musa membawa Bani Israel selepas bebas dari perhambaan Firaun ke Masyarikal Ardh iaitu bumi tempat terbit matahari bukannya di Palestine. Saya tak boleh terangkan semua tapi lebih baik anda baca siri ini sendiri Melaka Adalah Tanah Yang Dijanjikan

Keempat, anda mesti tahu bahawa penulisan ini bercakap tentang kita akan diserang, bukan kita akan memulakan perang. Itu dua perkara yang berbeza. Artikel ini bergerak di atas premis serangan yang datang ke atas kita sebagai hukuman, bukan perang yang kita pilih untuk mulakan.

Kelima, anda mesti bersedia membaca artikel-artikel yang menjadi asas sebelum ini. Artikel ini bukan berdiri sendirian. Ia dibina di atas satu rangka penulisan yang telah disusun lebih awal.

Jika lima perkara ini masih belum jelas, lebih baik anda berhenti dahulu dan pergi baca semula artikel-artikel asas yang telah saya sertakan. Jika tidak, anda hanya akan membaca dengan kepala yang sudah penuh dengan sangkaan, lalu menolak sesuatu yang anda sendiri belum sempat faham.


Apa Yang Ayat 4 Ini Nyatakan Secara Umum?

Secara paling asas, dalam ayat ini kita boleh nampak secara terus bahawa ia mengandungi beberapa perkara besar.

Pertama, apa yang kita jumpa adalah ketetapan dan pemberitahuan daripada Allah. Lafaz وَقَضَيْنَا bukan sekadar pemakluman biasa. Sebaliknya ia membawa makna bahawa suatu keputusan atau ketetapan yang telah diputuskan dan telah disampaikan. Maknanya apa? Perkara ini bukan ramalan atau konspirasi manusia. Ini juga bukan sangkaan atau analisis ahli sejarah. Sebaliknya ialah ketetapan daripada Allah yang diberitahu terlebih dahulu.

Kedua, ayat al-Quran ini ditujukan kepada Bani Israel yang muslim. Maka, apa jua perbahasan tentang ayat ini tidak boleh sesekali dimulakan dengan kekeliruan antara Bani Israel, Yahudi atau negara Israel moden hari ini. Itulah sebab saya saya telah menjadikan ia prerequisite untuk membaca artikel ini. Siapa Bani Israel dalam ayat ini kita perlu fahami dengan sangat cermat, kerana kesalahan kita pada titik ini akan merosakkan seluruh arah tuju kefahaman kita selepas ini.

Ketiga, Allah telah menyebut bahawa pemberitahuan ini telah ada فِي الْكِتَابِ. Frasa ini telah membuka minda kita kepada persoalan yang sangat penting. Kitab yang mana satu dimaksudkan di sini? Adakah Taurat. Adakah ketetapan yang tertulis secara umum. Adakah suhuf lain. Ini tidak boleh kita bypass kerana ia berkait rapat dengan sumber asal amaran tersebut. 

Keempat, kita juga boleh lihat dengan sangat literal bahawa ayat ini menyebut dua unsur utama, iaitu kerosakan di bumi sebanyak dua kali, dan ketinggian kesombongan yang besar. Dalam bahasa arab ia disebut sebagai Fasad dan Uluww. Ini menunjukkan bahawa masalah mereka bukan sekadar pemerintahan, ekonomi atau ketenteraan. Masalah mereka ada dua kategori, iaitu kerosakan fizikal dan ketinggian diri iaitu kerosakan spiritual. Satu menyentuh tindakan merosakkan di bumi. Satu lagi menyentuh jiwa yang meninggi, melampaui batas dan mengangkat diri dengan sombong.

Kelima, ayat ini belum lagi menyebut bentuk hukuman pun. Ayat 4 hanya membuka fail perintah perjanjian itu. Hukuman, serangan, pembalasan dan pusingan seterusnya akan datang dalam ayat-ayat selepasnya. Maknanya, ayat 4 ialah intro kepada kisah yang panjang.

5 perkara yang saya telah sebutkan ini, anda sangat mudah untuk fahami sekiranya anda mendalami struktur Muhkamat dan Mutasyabihat dalam al-Quran. Jangan runsing, Allah tidak akan menyesatkan kita bila kita mahu berdamping rapat dengan kalamnya.


Hala Tuju Kajian Yang Perlu Dibina

Untuk membina pemahaman yang kemas dalam diri kita, kita perlu bergerak melalui persoalan demi persoalan. Bukan semua persoalan mesti dijawab sekaligus. Sebahagiannya perlu dibuka dahulu sebagai kerangka, kemudian dihuraikan dengan dalil dalam bahagian-bahagian seterusnya. Bermula dengan ayat 4 ini sebagai tunjang, lalu seterusnya kita akan melihat ke seleruh surah bagi setiap persoalan yang dibincangkan.

Pendekatan begini sangat penting supaya kita tidak memahami secara melompat. Setiap persoalan akan menjadi tangga dan pintu kepada satu lapisan analisis.

Nanti kita akan nampak sendiri. Bila kita buka persoalan siapa Bani Israel, kita akan masuk ke lapisan identiti. Bila kita buka persoalan fi al-kitab, kita akan masuk ke lapisan sumber wahyu. Bila kita buka persoalan ifsad, kita akan masuk ke lapisan makna kerosakan. Bila kita buka persoalan ‘uluww, kita akan masuk ke lapisan psikologi kuasa dan kesombongan spiritual. Bila kita buka persoalan dua kali, kita akan masuk ke lapisan kronologi dan pola sejarah. Bila kita masuk kepada sejarah maka kita akan berjumpa dengan hukuman. Bila kita jumpa hukuman, kita akan tahu bahawa kita akan kena serang.

Dengan kaedah itu barulah ayat-ayat seterusnya boleh dibaca dengan arah yang jelas. Tanpa tertib ini, kupasan akan bertukar menjadi dakwaan semata-mata dan tidak boleh menerangkan sebagai hujah yang konkrit. 


Harapan

Saya harap anda baca sampai habis siri ini. Pesan saya hanya 2 sahaja

1. Jangan bermusuh kepada apa yang belum kita ketahui.

2. Sekalipun hati kita memberontak tidak suka, pastikan jari kita tidak lebih laju dari akal kita.

Selamat membaca.

ISI KANDUNGAN

Mengapa Walaupun Ada Al-Quran, Kita Tetap Kena Merujuk Kitab Perjanjian Lama Yang Sudah Diubah dan Tidak Terpelihara?

Ramai orang terus menolak Kitab Perjanjian Lama hanya kerana ia sudah diubah. Masalahnya, Allah sendiri menyebut bahawa ketetapan terhadap Bani Israel telah pun dinyatakan fi al-Kitab. Di sinilah perbahasan sebenar bermula. Kalau Al-Quran sendiri membuka jalan itu, kenapa kita pula mahu menutupnya. Penulisan ini tidak mengajak anda mengambil agama daripada Bible. Penulisan ini mengajak anda menyiasat jejak perjanjian asal, melihat apa yang telah disembunyikan, dan memahami bagaimana Al-Quran membongkar semula The 10 Commandments dalam bentuk yang terpelihara. Bila anda nampak kaitannya, anda akan faham mengapa isu ini bukan sekadar isu kitab lama. Ini ialah soal perjanjian, hukuman, dan tanah yang sedang menunggu penyucian.

Rabu, April 22, 2026
170 0

10 Perintah Allah Kepada Bani Israel

Ramai orang selesa bercakap tentang Bani Israel sebagai kisah lama. Masalahnya al-Quran tidak membentangkannya begitu. Allah membuka semula perintah-perintah yang pernah diberikan kepada mereka, lalu mengikatnya semula dengan amaran, pelanggaran dan hukuman yang belum selesai dibicarakan. Sebab itu perbahasan tentang The 10 Commandments bukan sekadar soal kitab lama atau perbandingan agama. Ia ialah soal jejak perjanjian, soal wahyu yang masih tinggal, dan soal bagaimana al-Quran datang meluruskan apa yang telah kabur. Bila anda nampak persamaan dan perbezaan ini dengan jelas, anda akan faham bahawa isu ini bukan sekadar sejarah. Ia sedang bergerak ke arah zaman kita.

Rabu, April 22, 2026
273 0

8 Persamaan Utama Antara The 10 Commandments dan Senarai Kata Perintah Bani Israel Dalam al-Quran

Ramai orang terus menolak Kitab Perjanjian Lama secara pukul rata kerana tahu teks itu sudah berubah. Itu benar pada tahap tertentu. Tetapi di situlah al-Quran mengajar kita supaya lebih cermat. Bila dibandingkan dengan wahyu yang terpelihara, kita masih boleh nampak beberapa jejak perintah asal yang pernah Allah berikan kepada Bani Israel. Persamaan ini bukan lesen untuk mengambil agama daripada kitab yang telah rosak. Persamaan ini ialah bukti bahawa wahyu asal itu memang pernah wujud, lalu al-Quran datang memelihara intinya, membetulkan yang bengkok, dan membuka semula apa yang telah disembunyikan. Bila anda nampak lapan persamaan utama ini, anda akan faham bahawa isu ini bukan sekadar perbandingan teks. Ini ialah langkah awal untuk menjejak pelanggaran besar yang membawa kepada hukuman Allah ke atas Bani Israel.

Rabu, April 22, 2026
128 0

Perbezaan Antara The 10 Commandments dan Senarai Kata Perintah Bani Israel Dalam al-Quran - Bahagian 1

Bila kita buka semula The 10 Commandments dan bandingkan dengan Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran, kita mula nampak sesuatu yang orang jarang perasan. Ada perkara yang sangat masyhur dalam bentuk lama itu, tetapi bila Allah sendiri membuka semula rangka perintah dalam Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39, perkara itu tidak disebut semula dalam bentuk yang sama. Ini bukan isu kecil. Di sinilah kita mula faham bahawa bukan semua yang diwariskan manusia layak duduk sebagai pusat kepada perjanjian Allah. Yang menjadi ukuran bukan apa yang terkenal dalam tradisi lama, tetapi apa yang Allah hidupkan semula dalam wahyu yang terpelihara. Bila titik ini dibuka, kita mula nampak bagaimana satu kaum boleh sibuk menjaga simbol, tetapi gagal melihat kerosakan sebenar yang sedang membawa mereka ke arah hukuman.

Rabu, April 22, 2026
134 0

Perbezaan Antara The 10 Commandments dan Senarai Kata Perintah Bani Israel Dalam al-Quran - Bahagian 2

Ramai orang sangka perjanjian Allah dengan Bani Israel sudah cukup difahami hanya dengan membaca The 10 Commandments yang terkenal hari ini. Masalahnya, bila al-Quran membuka semula rangka perintah itu dalam Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39, muncul beberapa perkara besar yang langsung tidak duduk dalam bentuk lama yang diwariskan sekarang. Ini bukan beza kecil. Ini membuka satu persoalan yang sangat berat. Apa sebenarnya yang sudah hilang daripada perjanjian asal. Bila hak orang lemah, amanah harta, larangan ikut tanpa ilmu, dan penyakit angkuh dibuka semula oleh Allah tetapi tidak muncul dalam bentuk yang terkenal hari ini, kita mula nampak bahawa kerosakan bukan berlaku pada pinggir agama. Kerosakan itu berlaku pada jantung perjanjian. Dan di situlah kita mula faham kenapa hukuman Allah bukan datang secara rawak, tetapi datang selepas pelanggaran yang sangat nyata.

Rabu, April 22, 2026
171 0

Senarai Lengkap Perintah Allah Kepada Bani Israel

Ramai orang kenal The 10 Commandments. Tetapi selepas semua perbahasan ini, soalan yang lebih penting mula timbul. Jika bentuk yang terkenal hari ini sudah tidak lagi memaparkan keseluruhan rangka perjanjian asal dengan jelas, maka di manakah senarai yang lengkap. Di sinilah Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39 menjadi sangat besar. Allah bukan sekadar menyebut beberapa larangan umum. Allah membuka semula seluruh rangka perintah, menutupnya dengan penilaian bahawa segala keburukan itu dibenci di sisi-Nya, lalu menegaskan bahawa semua itu ialah hikmah yang diwahyukan. Ini bukan lagi soal perbandingan teks semata-mata. Ini soal kembali kepada bentuk perjanjian yang Allah sendiri pelihara. Dan bila senarai itu sudah jelas di depan mata, soalan selepas ini menjadi lebih berat. Bahagian mana yang telah dilanggar sampai hukuman itu mesti datang.

Rabu, April 22, 2026
176 0

Kembali Semula Kepada Pangkal Ayat 4

Semua siri sebelum ini sebenarnya sedang membawa kita balik kepada satu frasa yang sangat besar dalam Surah al-Isra’ ayat 4, iaitu فِى ٱلْكِتَـٰبِ. Ramai orang baca ayat itu terus lompat kepada fasad, hukuman, dan serangan, tetapi mereka tidak berhenti untuk tanya satu perkara yang lebih awal. Apakah perintah yang telah pun diberikan kepada Bani Israel sampai pelanggaran terhadapnya membawa kepada hukuman yang begitu berat. Di sinilah seluruh rangka penulisan ini bercantum. Kita bukan sekadar membandingkan The 10 Commandments dengan al-Quran. Kita sedang membuktikan bahawa memang wujud satu rangka perintah Allah kepada Bani Israel dalam al-Kitab, jejaknya masih boleh dikesan dalam bentuk lama, lalu al-Quran datang membuka semula bentuk yang sebenar, yang terpelihara, dan yang menjadi asas kepada kefahaman terhadap pelanggaran, kerosakan, dan hukuman yang akan datang.

Rabu, April 22, 2026
215 0
Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.