Kembali Semula Kepada Pangkal Ayat 4
Apa Maksud وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ فِى ٱلْكِتَـٰبِ
Setelah semua bahagian sebelum ini dibentangkan, sekarang kita perlu kembali semula kepada pangkal ayat 4 yang menjadi asas perbincangan setakat ini, iaitu firman Allah:
وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ فِى ٱلْكِتَـٰبِ
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "
Dari awal lagi, tujuan kita bukan sekadar membandingkan The 10 Commandments dengan ayat-ayat al-Quran secara umum. Itu bukan tujuan utama kita.
Tujuan kita ialah untuk membuktikan bahawa memang wujud satu rangkaian perintah Allah kepada Bani Israel yang telah pun diberikan lebih awal dalam al-Kitab. Jejaknya masih boleh dikesan dalam bentuk lama yang diwariskan sampai hari ini. Tetapi jejak itu tidak lagi cukup untuk berdiri dengan penuh keabsahan. Ia hanya dapat disahkan, ditapis, dibetulkan dan disusun semula dengan benar apabila dibawa kembali kepada al-Quran sebagai pertimbangan utama.
Sebab itu semua penulisan yang telah lalu sebenarnya bergerak menuju ke titik ini. Iaitu untuk menunjukkan bahawa frasa فِى ٱلْكِتَـٰبِ benar-benar merujuk kepada kewujudan perintah tersebut. Walaupun langkah-langkahnya panjang, kita berjaya kesan bahawa ia bukan andaian. Ia merujuk kepada sesuatu yang nyata, iaitu perintah-perintah yang pernah diberikan kepada Bani Israel dalam Kitab Perjanjian Lama, kemudian dibuka semula oleh Allah dalam bentuk yang terpelihara di dalam al-Quran.
Apa Yang Sudah Kita Buktikan Setakat Ini?
Setakat ini kita telah melalui beberapa perkara penting.
Mula-mula kita jelaskan kenapa walaupun ada al-Quran, kita tetap perlu merujuk Kitab Perjanjian Lama. Bukan kerana kita mengambil agama daripadanya. Bukan kerana kita meletakkannya setaraf dengan al-Quran pun. Tetapi kerana Allah sendiri yang mengaitkan perintah itu dengan فِى ٱلْكِتَـٰبِ.
Maka kalau Allah sendiri menunjukkan bahawa perintah itu telah pun disampaikan kepada Bani Israel dalam al-Kitab, kita memang terpaksa melihat jejak yang masih tinggal dalam sumber yang ada pada mereka, lalu membawanya semula kepada al-Quran untuk dinilai. Kita kena beriman kepada Allah dan jika Allah kata dalam al_Quran jejaknya ada maka jejaknya sudah tentu ada.
Selepas itu kita bentangkan 10 perintah yang mahsyur dalam bentuk lama yang diguna seantero dunia kini dalam agama Yahudi dan Nasrani. Kemudian kita bawa anda semua melihat persamaan-persamaan utama antara bentuk itu dengan Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran. Dari situ anda semua pun nampak bahawa memang masih ada jejak wahyu asal.
Tetapi kita tidak berhenti setakat di situ. Kita masuk pula ke bahagian perbezaan. Di situ kita nampak bahawa ada perkara dalam The 10 Commandments yang tidak dibuka semula dalam Surah al-Isra’. Ini mengajar kita bahawa tidak semua yang terkenal dalam bentuk lama itu boleh terus diangkat sebagai perjanjian asli. Maka kita tahu itu adalah ciptaan manusia.
Selepas itu kita lihat pula arah yang satu lagi, iaitu ada beberapa perintah besar yang Allah sendiri ulang semula dalam al-Quran tetapi tidak muncul sama sekali dalam The 10 Commandments yang masyhur hari ini. Di sinilah kita mula nampak bahawa bentuk yang diwariskan sekarang tidak lagi memaparkan keseluruhan rangka perjanjian asal dengan jelas. Maka, kita tahu ada perkara yang disembunyi.
Akhir sekali, kita himpunkan semula seluruh rangka itu dalam satu susunan lengkap berdasarkan Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39. Alhamdulillah, di situlah kita semua dapat lihat dengan jelas bahawa al-Quran bukan sekadar menyebut beberapa larangan umum. Al-Quran membuka semula seluruh struktur perintah itu, menutupnya dengan penilaian bahawa segala keburukan itu dibenci Allah dan menegaskannya sebagai hikmah wahyu.
Sekarang Barulah Ayat 4 Boleh Dibaca Dengan Lebih Berkesan
Selepas semua pembuktian ini, barulah ayat 4 boleh dibaca dengan lebih baik. Sekarang kita sudah nampak bahawa dalam ayat 4, Allah tidak terus bercakap tentang kerosakan dan hukuman secara tiba-tiba. Allah dahulukan dahulu hakikat bahawa satu rangka perintah telah pun disampaikan kepada Bani Israel فِى ٱلْكِتَابِ. Maknanya, fasad dalam frasa لَتُفْسِدُنَّ فِى yang disebut selepas itu bukan biasa-biasa. ‘Uluww yang disebut selepas itu iaitu عُلُوًّۭا كَبِيرًۭا juga bukan kenyataan tanpa apa sebab. Semuanya berlaku selepas adanya perjanjian ribuan tahun, selepas adanya perintah dan selepas adanya amanah yang telah lebih awal diberikan.
Di sinilah pentingnya seluruh siri yang telah kita bina. Kita bukan sekadar mahu tahu apa yang ada dalam The 10 Commandments dan apa yang ada dalam al-Quran. Kita mahu buktikan bahawa ayat 4 berdiri di atas satu premis yang nyata, iaitu kewujudan perintah Allah kepada Bani Israel dalam al-Kitab, lalu perintah itu dibuka semula dalam al-Quran dalam bentuk yang terpelihara. Bila asas ini sudah jelas, barulah hukuman dalam ayat 4 nampak adil, tepat dan bersebab tidak lama lagi. Ia bukan rawak, bukan sentimen, bukan koflik biasa dan bukan teori perang. Tetapi natijah kepada pelanggaran terhadap perjanjian dengan Allah.
Dengan itu, selepas ini apabila membaca ayat 4 ini, frasa فِى ٱلْكِتَابِ bukan lagi boleh dibaca sebagai lafaz biasa. Ia menjadi kunci yang membuka seluruh logik ayat 4. Iaitu bahawa sebelum datangnya kerosakan, telah ada dahulu perintah. Sebelum datangnya serangan, telah ada dahulu amanah. Sebelum datangnya hukuman, telah ada dahulu pelanggaran terhadap apa yang telah Allah tetapkan dan serangan kedua itu belum datang.
Kesimpulan
Sekarang barulah kita berada di tempat yang betul untuk bertanya dengan lebih berani. Jika perintah itu sudah jelas, maka bahagian mana yang telah dilanggar sampai hukuman yang saya pernah sebutkan, Malaysia akan diserang itu berlaku?
Fasa seterusnya dalam siri ini akan mula masuk ke fasa yang lebih berat. Kita sudah tidak lagi mencari sama ada perintah itu wujud atau tidak. Semua itu sudah jelas.
Selepas ini, tumpuan kita ialah pada pelanggaran itu sendiri. Bahagian mana yang dirosakkan oleh rakyat negeri ini. Bahagian mana yang diabaikan dan bahagian mana yang dikhianati.
Insyaallah dari situlah nanti kita akan nampak kenapa hukuman itu datang. Kenapa serangan itu Allah izinkan berlaku di atas tanah pyang dijanjikan.
Balas kepada: