Senarai Lengkap Perintah Allah Kepada Bani Israel
Setelah kita meneliti persamaan dan perbezaan antara The 10 Commandments dengan Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran, sekarang sampailah masanya untuk kita himpunkan semula seluruh rangka perintah itu dalam satu susunan yang lengkap.
Bahagian ini penting kerana inilah bentuk yang kita cari dari awal. Jika The 10 Commandments yang terkenal hari ini tidak lagi memaparkan keseluruhan rangka perjanjian asal dengan jelas, maka kita perlu kembali kepada bentuk yang Allah sendiri buka semula dalam Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39.
Perintah-perintah utama
- Jangan jadikan bersama Allah ilah yang lain.
- Jangan sembah melainkan Allah sahaja.
- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
- Jangan berkata “uff” kepada ibu bapa.
- Jangan herdik ibu bapa.
- Berkata kepada ibu bapa dengan perkataan yang mulia.
- Rendahkan diri kepada ibu bapa dengan rahmat.
- Doakan rahmat untuk ibu bapa.
- Berikan hak kaum kerabat.
- Berikan hak orang miskin.
- Berikan hak ibn al-sabil.
- Jangan membazir.
- Jangan terlalu bakhil.
- Jangan membunuh anak kerana takut miskin.
- Jangan mendekati zina.
- Jangan membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan hak.
- Jangan melampau dalam pembunuhan balas.
- Jangan menghampiri harta anak yatim kecuali dengan cara yang terbaik.
- Tunaikan janji.
- Sempurnakan sukatan apabila menyukat.
- Timbang dengan neraca yang lurus dan adil.
- Jangan ikut sesuatu tanpa ilmu.
- Jangan berjalan di bumi dengan angkuh.
Penutup yang menghimpunkan seluruh rangka perintah
- Segala keburukan dalam rangka perintah itu dibenci Allah.
- Semua itu ialah sebahagian daripada hikmah yang diwahyukan oleh Allah.
Penegasan penting
Dua perkara terakhir itu bukan perintah biasa pada aras yang sama seperti yang sebelumnya. Ia ialah penutup yang menghimpunkan seluruh rangka perintah tadi.
Yang satu menunjukkan bagaimana Allah menilai semua pelanggaran itu. Yang satu lagi menegaskan bahawa seluruh rangka ini datang daripada hikmah wahyu.
Sebab itu senarai ini tidak boleh dibaca sebagai cebisan hukum yang berasingan. Ia mesti dibaca sebagai satu rangka perjanjian Allah kepada Bani Israel yang lengkap.
Bani Israel tidak semestinya Yahudi. Ia telah bertebaran di muka bumi sejak ribuan tahun.
Hukuman ke atas Bani Israel pula akan berlaku di atas tanah yang dijanjikan kepada Bani Israel iaitu Masyarikal Ardh.
Balas kepada: