Malaysia Bakal Diserang, Kerana Inilah Tanah Bani Israel

PERBEZAAN ANTARA THE 10 COMMANDMENTS DAN SENARAI KATA PERINTAH BANI ISRAEL DALAM AL-QURAN - BAHAGIAN 1

137 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
8 minit 44 saat

Perbezaan Antara The 10 Commandments dan Senarai Kata Perintah Bani Israel Dalam al-Quran - Bahagian 1

(Perintah Dalam The 10 Commandments Yang Tidak Muncul Dalam al-Quran)


Setelah kita melihat persamaan-persamaan utama dalam bahagian sebelum ini, sekarang kita perlu masuk pula ke bahagian perbezaan. Bahagian ini sangat penting kerana tidak semua perbezaan itu membawa maksud yang sama. Ada perbezaan yang menunjukkan sesuatu itu memang tidak boleh terus diterima. Ada pula perbezaan yang memberi isyarat bahawa ada bahagian asal yang sudah hilang, disusutkan, tidak diperincikan atau tidak lagi dipelihara dengan benar dalam bentuk yang ada pada hari ini.

Sebab itu bahagian perbezaan ini tidak boleh dibaca sambil lewa. Ada perbezaan yang memaksa kita menapis semula apa yang ada dalam The 10 Commandments dengan kaedah al-Quran. Ada pula perbezaan yang membuka persoalan besar tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kepada bentuk asal perjanjian tersebut.

Untuk memudahkan pembacaan, kita akan bahagikan bahagian perbezaan ini kepada dua pecahan utama:

Pertama, kita akan melihat perkara-perkara dalam The 10 Commandments yang tidak muncul dalam Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran. Di sini kita akan tahu bahagian mana yang tidak boleh terus diterima sebagai asas hujah bagi perbahasan ini tanpa ditapis semula dengan al-Quran.

Kedua, kita akan melihat pula perkara-perkara dalam Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran yang tidak muncul dalam The 10 Commandments. Di sinilah nanti kita akan mula nampak dengan lebih terang bahawa ada bahagian penting daripada rangka perjanjian asal yang tidak lagi kekal dengan jelas dalam bentuk yang diwariskan hari ini.

Dengan cara ini, kita semua boleh nampak hala tuju perbincangan dengan lebih teratur dan tidak terputus daripada kesinambungan idea yang sedang kita perlahan-lahan bina.


1. Perkara Dalam The 10 Commandments Yang Tidak Muncul Dalam Senarai Kata Perintah Bani Israel Dalam al-Quran

Sekarang kita masuk terus kepada perkara yang tidak muncul dalam Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran, tetapi ada dalam The 10 Commandments yang masyhur dalam Kitab Perjanjian Lama.

Setakat perbandingan yang sedang kita buat di sini, ada dua perkara yang sangat jelas tiada dalam al-Quran tapi ada dalam Perjanjian Lama.

  1. Pertama, larangan menyebut nama Tuhan dengan sia-sia.
  2. Kedua, perintah mengingati dan menguduskan hari Sabat.

Dua perkara ini memang terkenal sebagai sebahagian daripada The 10 Commandments. Masalahnya, apabila kita bentangkan semula Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39, dua perkara ini tiada.

Ini bukan perkara kecil. Ini juga bukan perkara yang boleh kita bertolak ansur sahaja lalu anggap semuanya tetap sama. Mana mungkin. Bila Allah sendiri membuka semula satu rangka perintah kepada Bani Israel dalam al-Quran, tetapi dua unsur ini tidak muncul dalam blok yang sama, maka kita wajib berhenti dan memerhati dengan cermat.

Seterusnya adalah proses kita mencermati setiap satu 2 perkara tersebut.


Larangan menyebut nama Tuhan dengan sia-sia

Dalam The 10 Commandments yang ada hari ini, larangan ini sangat popular. Ia menegaskan bahawa nama Tuhan tidak boleh dipermainkan, tidak boleh digunakan secara sia-sia dan tidak boleh dipakai secara palsu.

Dari sudut makna umum, kita semua boleh faham kenapa larangan ini besar. Nama Allah bukan bahan permainan. Nama Allah bukan cara untuk menipu, bersumpah palsu, melindungi kezaliman atau menghias dusta dengan istilah agama untuk nampak lebih elok.

Namun masalahnya di sini ialah bila kita melihat Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam Surah al-Isra’, Allah tidak menyebut semula larangan itu dalam bentuk yang sama. Yang Allah buka semula ialah tauhid, ihsan kepada ibu bapa, hak kerabat dan miskin, larangan membazir, larangan membunuh anak, larangan zina, larangan membunuh jiwa tanpa hak, larangan menghampiri harta anak yatim, kewajipan menepati janji, keadilan dalam sukatan dan timbangan, larangan ikut tanpa ilmu dan larangan berjalan dengan angkuh.

Semua ini disebut satu demi satu. Tetapi larangan menyebut nama Tuhan dengan sia-sia tidak dibuka semula di sini dalam bentuk yang sama.

Maka apa natijahnya?

Natijahnya ialah kita tidak boleh ambil perkara itu lalu terus menganggap ia sebahagian daripada rangka yang sedang Allah tekankan dalam Surah al-Isra’ ini. Mungkin ia benar pada tempat lain. Mungkin ia pernah menjadi sebahagian daripada disiplin agama Bani Israel. Mungkin juga maknanya termuat secara tidak langsung dalam larangan lain seperti dusta, syirik atau ikut tanpa ilmu. Namun bagi bahagian yang sedang kita bincangkan ini, perkara itu memang tidak disebut semula dalam Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39.

Ini juga bukan bermaksud nama Allah kecil kedudukannya dalam Islam. Bahkan sebaliknya. Banyak urusan hidup dimulakan dengan nama Allah. Sebab itu Bismillah sendiri sudah cukup menunjukkan bahawa nama Allah bukan bahan permainan. Cuma bagi rangka perjanjian yang sedang dibuka dalam blok ayat ini, ia bukan antara unsur yang disebut semula secara khusus.

Jadi di sini kita kena jelas. Bukan kita kata ia salah semata-mata kerana ia tiada dalam blok ini. Tetapi kita juga tidak boleh mengangkatnya secara automatik sebagai hujah utama bagi membaca perjanjian yang sedang dibuka dalam Surah al-Isra’. Dalam erti lain, ia mesti ditapis semula dengan al-Quran. Yang menentukan keutamaan perjanjian dalam perbahasan ini ialah apa yang Allah buka semula, bukan apa yang manusia kemudian popularkan.


Perintah mengingati dan menguduskan hari Sabat

Perkara kedua ialah Sabat.

Sebelum pergi lebih jauh, kita kena faham dahulu apa itu Sabat. Orang Melayu panggil Sabtu. Mudahnya, Sabat ialah satu hari khusus dalam tradisi Bani Israel yang dianggap hari suci, hari rehat dan hari yang dipisahkan daripada urusan biasa. Pada hari sabtu mereka diperintah supaya berhenti daripada kerja-kerja tertentu dan memeliharanya sebagai tanda ketaatan kepada Tuhan. Jadi bila kita sebut Sabat di sini, kita bukan sedang bercakap tentang nama hari semata-mata, tetapi kita berbicara tentang satu ritual mingguan yang dijadikan tanda istimewa kelompok itu.

Dalam The 10 Commandments yang ada hari ini, Sabat diletakkan sebagai salah satu perintah utama. Maka ia bukan perkara kecil. Bila satu hari tertentu dijadikan hari khas yang wajib diingat, dijaga dan disucikan, ia bukan sekadar soal ibadah. Ia telah menjadi mekanisma untuk mengikat satu kelompok pengikut kepada ritual khas. Kalau anda perasan dari situ lahirlah sempadan yang jelas antara siapa yang dianggap taat dan siapa yang dianggap orang luar.

Di sinilah kita perlu berfikir lebih jauh. Bila sesuatu ritual dibesarkan sampai menjadi salah satu tiang utama, ia sangat mudah berfungsi sebagai alat mengelitkan satu puak dalam sistem tertutup. Setiap minggu mereka diikat semula dengan ritual yang sama. Setiap minggu mereka diasingkan semula daripada kehidupan biasa. Setiap minggu mereka diingatkan bahawa mereka ialah kelompok khas yang memegang satu tanda khas. Lama-kelamaan, ritual seperti ini bukan sekadar amalan. Ia menjadi alat pembentukan identiti, alat disiplin kelompok, dan alat membezakan “orang kita” daripada “orang luar”. Anda nampak tak mengapa Yahudi merasa mereka elit?

Bila kita lihat Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran melalui Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39, Sabat langsung tidak wujud dalam bentuk itu. Allah tidak membuka semula perintah Sabat dalam blok ini. Mana ada Allah kata ingatlah Sabat. Allah tidak kata kuduskanlah Sabat. Allah tidak kata peliharalah Sabat. Yang Allah ulang semula ialah tauhid, ihsan kepada ibu bapa, hak kerabat dan miskin, larangan membazir, larangan membunuh anak, larangan zina, larangan membunuh jiwa tanpa hak, larangan menghampiri harta anak yatim, kewajipan menepati janji, keadilan dalam sukatan dan timbangan, larangan ikut tanpa ilmu, dan larangan berjalan dengan angkuh.

Maksudnya, dalam rangka perintah yang Allah buka semula pada kita dalam al-Quran, fokusnya bukan pada satu ritual mingguan yang hanya mengikat identiti kelompok. Fokusnya ialah pada kerosakan yang jauh lebih berbahaya, iaitu kerosakan akidah, akhlak, harta, darah, amanah, ilmu, dan kesombongan.

Nampak mudah tapi kesannya besar dan di sinilah letak ancaman sebenar itu. Mereka boleh sahaja sibuk menjaga simbol elit yang membezakan mereka daripada orang lain, tetapi pada masa yang sama mereka sedang rosak pada bahagian yang paling dalam dan tidak manusiawi kepada bukan kelompok mereka.

Asalnya hanya sabat tetapi kesannya akidah mula bengkok, darah senang ditumpahkan, harta dan aset mula dikhianati, amanah mudah dipermainkan, bila ilmu mula ditinggalkan dan bila kesombongan mula naik, maka sebuah kaum itu sebenarnya sedang berjalan masuk ke arah hukuman tanpa mereka sedar.

Sebab itu al-Quran mengalihkan pandangan kita daripada tanda-tanda luaran atau fizikal yang boleh membina rasa eksklusif, kepada akar-akar kerosakan sebenar yang membuka pintu azab Allah. Mujurlah kita bertauhid dengan cara yang betul dan hanya Yahudi sahaja yang kekal dalam penyelewengan.


Apa Yang Kita Mesti Faham Daripada Dua Perbezaan Ini

Daripada dua contoh ini sahaja, kita sudah patut nampak satu benda besar. Tidak semua yang terkenal dalam The 10 Commandments layak duduk sebagai fokus kepada perjanjian yang Allah buka semula dalam al-Quran. Ada perkara yang memang masyhur dalam bentuk lama yang diwariskan hari ini, tetapi bila kita buka Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39, Allah tidak sebut semula perkara itu dalam rangka yang sama. Ini bukan perkara kecil. Ini amaran supaya kita jangan tertipu dengan apa yang sudah terkenal di mulut manusia sampai kita lupa melihat apa yang Allah sendiri pilih untuk tekankan.

Maknanya mudah. Al-Quran bukan datang sekadar untuk memberitahu bahawa Bani Israel pernah menerima perintah. Al-Quran datang untuk menunjukkan semula di mana letaknya perjanjian itu yang sebenar. Sebab itu bila Allah buka semula satu blok perintah tetapi tidak meletakkan dua unsur ini, kita kena faham bahawa ukuran sebenar ialah apa yang Allah sendiri nyatakan dalam al-Quran.

Perkara ini jadi lebih jelas lagi bila kita lihat isu Sabat. Dalam sunnah pun umat Islam tidak diletakkan pada Sabtu seperti Yahudi. Nabi SAW sendiri menjelaskan bahawa Yahudi mengambil Sabtu, Nasrani mengambil Ahad dan Allah memberi petunjuk kepada umat Islam kepada hari Jumaat.

Maknanya, Islam sendiri tidak dibina di atas identiti Sabat seperti mereka. Ini menunjukkan bahawa perkara yang dibesarkan dalam tradisi mereka belum tentu kehendak Allah. Sebab itu kita kena berhati-hati. Jangan sampai kita membesar-besarkan apa yang manusia wariskan, tetapi dalam masa yang sama terlepas pandang apa yang Allah sendiri pilih untuk dibuka semula kepada kita semua.


Kesimpulan

Jadi bagi bahagian pertama ini, kesimpulannya sangat jelas. Ada perkara dalam The 10 Commandments yang tidak ada dalam Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran.

Apa yang selari dengan al-Quran kita terima. Apa yang tidak dibuka semula oleh al-Quran dalam rangka ini, kita tidak boleh pegang secara automatik dan kita mesti tolak daripada menjadi asas utama perbahasan ini.

Ingat semula fokus besar perbincangan kita. Kita bukan sekadar menyusun beza antara dua senarai perintah. Kita sebenarnya sedang mencari kenapa akan ada pihak yang menyerang Bani Israel di tanah kita ini. Sebab itu kita tidak boleh tersilap meletakkan pusat perjanjian pada perkara yang Allah sendiri tidak jadikan fakta dalam Surah al-Isra’ ayat 22 hingga 39.

Selepas ini, kita akan melihat pula arah yang satu lagi, iaitu perkara-perkara dalam Senarai Kata Perintah Bani Israel dalam al-Quran yang tidak muncul dalam The 10 Commandments. Insyaallah di situlah nanti kita akan mula nampak dengan lebih terang bahawa ada bahagian penting daripada rangka perjanjian asal yang tidak lagi kekal dengan jelas dalam bentuk yang diwariskan hari ini.

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.